Tuesday, August 16, 2011

pandang.pertama.

Tajuk tak boleh blah betul!!
Aku suka actually sangat suka bila dapat tengok deretan buku yg tersusun cantik, timbunan buku yg banyak. Bagai jatuh cinta pandang pertama, mata aku akan terus menatap buku-buku tu semua. Terasa macam puas padahal pandang je pun. Bukan baca pun lagi. Tapi itulah perasaannya.

Dengarnya orang Malaysia ni malas membaca. Aku agak setuju sebab aku tengok ramai yg lebih suka ber-twitter dan berFB berbanding membaca. Kalau dalam LRT tu, boleh dikira berapa ramai yg membaca. Tapi aku tak nak lah berprasangka buruk kan..aku anggap yg diorg tu mungkin tak boleh membaca dalam kenderaan yg bergerak. Pening nanti. Dulu masa aku keje kat Scomi dan IPS, aku berpeluang naik LRT je untuk berulang-alik kerja. Jadi aku ada banyak masa untuk membaca dalam perjalanan. Tapi sekarang, office kat Mont Kiara, ulang-alik bawak kereta sendiri. Camne nak membaca? Sangat disesalkan.
Cita-cita aku bila dah pindah ke rumah baru nanti, aku nak khaskan satu bilik tu sebagai bilik bacaan. Aku nak letak almari buku yg besar *itupun kalau bilik tu besar*. Susun semua buku yg aku ada, dari yg aku dah baca ke yg belum sempat aku baca. Dari majalah hinggalah kamus. Aku nak sangat bilik bacaan ni. Sebab aku tau yg bilik ini berupaya buat aku tenang.

Sangat penting untuk ibubapa tanamkan sikap suka membaca pada anak-anak mereka. Supaya akan ada lagi berpuluh-puluh orang yg macam Tun Mahathir. Tutur kata beliau teratur, bermanfaat didengar, ada fakta, bernas dan menyenangkan. Melalui membaca beliau kutip banyak ilmu yg dikongsikan dengan orang lain. Cuba jenguk blog beliau, sangat berfikir, blog yg sangat ilmiah. Macam gedung ilmu...macam suratkhabar. Mesti pengunjung yg baca blog beliau tu ingin tahu apa pandangan beliau tentang sesuatu isu...nak tahu dari sudut pandang yg berbeza. Emmm...baca blog Tun Mahathir boleh dikira sebagai baca buku tak ye?

Aku sendiri dah berapa tahun tak jejak library. Rasanya kali terakhir masa belajar dulu. My bad...aku yg bodoh dah kerugian sebenarnya.

No comments:

Post a Comment