sebelum ribut
a) orang ramai perlu semak ramalan cuaca.
b) lihat tanda-tanda kedatangan ribut.
3) tangguh dahula sebarang aktiviti luar jika ribut petir dijangka berlaku.
semasa kedatangan ribut petir
a) orang ramai perlu masuk ke dalam bangunan kukuh atau kereta. Jangan berteduh di bawah pokok di kawasan terpencil.
b) seterusnya hindari menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik kerana talian telefon dan paip logam mengalirkan elektrik.
c) orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mandi.
d) tutup penyaman udara. Luruan kuasa elektrik boleh memberikan beban lebih pada pemampat.
e) berwaspada terhadap angin kencang sewaktu memandu kenderaan dan pindah ke tempt yg lebih tinggi jika berlaku banjir kilat.
keluar dari bot dan jauhi air.
jika terperangkap di luar bangunan dan tiada tempat berlindung
a) berteduh di kawasan rendah yg jauh dari pokok dan pagar.
b) jika berada di dalam hutan, dinasihatkan berteduh di bawah pokok yg lebih rendah.
c) jika didapati kulit terangsang atau rambut menegak, berjongkok ke tanah. Letakkan tangan di lutut dan kepala antara kedua-dua lutut. Jadikan badan sekecil mungkin dan kurangkan menyentuh tanah.
d) jika sedang berperahu atau berenang kembali ke darat dan segera berlindung.
sumber : utusan malaysia
No comments:
Post a Comment