Mereka ini antara orang kesayangan aku dalam dunia ni. Minggu lepas berbuka bersama mereka dan jemputan lain di kediaman rasmi TPM, Sri Satria. Ini pertama kali aku kat sini sebab tahun lepas tak berkesempatan nak join. Jemputan kali ni terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang susah. Biasalah, inilah golongan yg selalu diutamakan kalau buat apa-apa sahaja program. Program kali ni aku tak tolong apa pun, cuma tolong datang makan je. Giler pemalas...emm..tapi busy kerja lah. *Berharap pemimpin tidak marah*
Seperti kebiasaan majlis berbuka puasa, jemputan akan terima sumbangan. Kali ni i) duit raya ii) kain pelikat *tak paham apa motif kain pelikat, padahal bukan semua lelaki* . Walau tak meriah mana pun sumbangan tu tetap rasa seronok tengok anak-anak tu semua yg nampak sangat excited. Manataknya, bukan selalu diorang boleh genggam duit raya rm50. Dahtu baru je berpuasa beberapa hari. Kalau aku pada umur tu pun akan excited.
Di sekitar kediaman rasmi TPM. Masa berjalan-jalan di kawasan sekitar, terus rasa menyesal sebab dulu tak belajar rajin-rajin untuk berjaya jadi menteri. Kalau aku ada rumah besar, cantik, halaman yg luas cenggini, memang aku rajin buat barbeque dengan kawan2. haihh...merepek dan berangan.
Juadah berbuka malam tu disediakan Eden Catering. Tapi ni nak beritahu pada TPM ni, lain kali pilih caterer lainlah pasal food malam tu biasa-biasa je. Tak sedap pun. Jemputan mesti ada high expectation kan...almaklum nak berbuka kat rumah menteri...mestilah dah terbayang food yg ala-ala kat hotel. Tapi yg ni aku rasa ala-ala orang kenduri je. Maksud aku kat sini bukan tamak haloba dan tak reti bersyukur ok...cuma nak beri pendapat je...Aku memang bersyukur dan berterima kasih. Lagi berterima kasih sebab aku pun dapat duit raya kan. Alkisahnya, semua dewasa yg datang pun dapat duit raya sekali, termasuk management team persatuan kami ni. * sedikit sebanyak hilang rasa kecewa bila food tak berapa nak kaw tim dengan selera*
*makin rasa yg aku ni tak pandai menulis blog...cerita semua pasal apa yg berlaku sekeliling aku je, semua cerita tak beri manfaat pada orang lain..haihh...sangat kecewa dengan diri sendiri*
No comments:
Post a Comment