Friday, December 31, 2010

how.to.pursue.your.dream.


Go and ask K.Rajagobal and Harimau Malaya!


welcome.2011.




Wednesday, December 29, 2010

harapan.untuk.menang.besar.


Semua warga Malaysia tengah berkobar-kobar dan berdebar-debar untuk perlawanan bolasepak AFF Suzuki malam nanti antara Malaysia vs Indonesia. Perlawanan akhir ye kawan-kawan semua. Patut berbangga nih!!...Jikalau coach bijak Rajagopal dapat gelaran Datuk pun kira berbaloi apa. Berbanding artis yg ala-ala dapat gelaran Datuk. Korang fikirlah sendiri siapa artis yg dimaksudkan itu ye. *Malas nak cerita pasal artis sangat sebab dah banyak blog gossip lain yg lagi bagus dari blog ni*


Tapi yg paling tak best dan langsung takde kena-mengena dengan sukan berlaku. Peperangan dan pergaduhan antara penyokong. Emm..rasanya perang ini cuma dari sebelah pihak sahaja. Peluru ditembak bertubi-tubi dari sebelah sana. *janganlah pening sangat, perang ni bukan macam yg biasa tu, yg ada M-16, peluru berpandu tu semua ye..ini perang psikologi * Media Indonesia menyerang dengan ganas, ditambah lagi dengan penyokong setia Indonesia. Haihh!! Wahai kamu-kamu semua, ini cuma perlawanan bolasepak ok...kenapa sampai bertindak bodoh. Hanya disebabkan bolasepak, semua yg bijak pandai menjadi lupa diri, memaki hamun. Janganlah macamtu. Semangat kesukananlah sikit!! Nanti saya bagi bola sorang satu nanti, mainlah sendiri-sendiri, tak payah nak berebut-rebut kejar bola yg satu tu je.


Harapan saya dan warganegara Malaysia yg lain untuk malam ni ialah :

MALAYSIA MENANG dengan 3 gol....
MENANG BESAR....MENANG BESAR *saya putar roda lagi Halim....erk*

Sunday, December 26, 2010

hantu.kak.limah.balik.rumah.







Hujung minggu lepas dah menonton karya Mamat Khalid ni. Memang asyik ketawa je, pecah perut dibuatnya. Macam karya beliau yg terdahulu, ada 'sesuatu' yg menghidupkan cerita ini. Disebabkan dah selalu tengok cerita "Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang" saya dapat menerima lawak dan jalan cerita yg sungguh sempoi ini.

Biarlah org lain kata ianya lawak bodoh, tapi sy rasa lawaknya tersendiri dan ada tujuan. Tidaklah macam peserta Raja Lawak yg kadang-kadang tak lawak langsung. Owh....Johan Raja Lawak pun ada dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ni. Awie dah makin berjaya dengan watak-watak sebegini, watak sempoi, kelakar selamba dan cute.

Saturday, December 25, 2010

kalau.berpacaran.


kalau berpacaran memang banyak pantang larang
menjaga susila ibubapa adik abang
apabila berdua carilah tempat yg terang
agar tidak pula mencuba aksi terlarang

boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang bertambah sayang
biar malu-malu biar segan-segan
kerna malu itu perisai orang beriman



Agak-agaknya couple yg saya jumpa dalam lrt petang semalam tu tak pernah dengar lagu ni. Atau mungkin juga mereka layan radio yg siarkan lagu-lagu dari justin bieber, beyonce dan lady gaga sahaja. Tapi dari segi penampilan nampak macam mereka berdua suka layan hot fm lebih hangat dari biasa dan era rentak muzik terkini . Masakan tak pernah dengar lagu "Kalau Berpacaran" yg tengah popular sekarang ni.

Alangkah bagus kalau couple ni dengar lagu ni dengan gabungan keupayaan telinga dan akal mereka. Tidaklah membuat aksi-aksi terlarang dan menyakitkan mata penumpang lrt yg lain. Dalam lrt tak perlu tunjukkan kemesraan kamu berdua, tak perlu tunjukkan gaya-gaya merajuk-memujuk dan mengada-ngada kamu itu. Kalau kat taman bunga agak cliche juga. Perbuatan macamtu buat orang lain menyampah dan nak muntah. Lebih-lebih lagi kalau si perempuannya bertudung!..hei!!kamu merosakkan imej muslimah lain yg bertudung.

Remaja sekarang....haihh!.....macamanalah kalau ada yg menegur mereka agaknya? Agak-agaknya mereka mahu sedar atau akan melenting dan melawan?



Wednesday, December 22, 2010

sepuluh.perkara.yang.saya.benci.

1. Saya benci pemandu yg tak sabar.
2. Saya benci menunggu orang yg datang lambat.
3. Saya benci pada orang yg pentingkan diri sendiri.
4. Saya benci kalau saya terpaksa menipu atau bohong sunat.
5. Kalau terpaksa berbohong sunat pun saya dah benci, apatah lagi pada org yg suka menipu dengan sengaja...lagi benci!
6. Saya benci bila Astro selalu tayangkan sinetron indonesia kat Ria, Prima dan kadang2 tu kat Oasis sekali. Woii, saya bayar bukan nak tengok sinetron kat setiap channel melayu la.
8. Saya benci diri sendiri bila saya sakiti hati mama.
9. Saya benci tengok rancangan Melodi kebelakangan ini.
10. Saya benci bila sy salah kira lagi! Uarghh...


Sunday, December 12, 2010

motivasi.diri.


Pernah baca buku-buku motivasi? Dulu-dulu zaman masih bersekolah memang kerap baca buku-buku motivasi. Dengan harapan, diri ini akan lebih bersemangat, tabah dan bermotivasi untuk lalui segala liku-liku hidup sebagai pelajar. Dan yg paling penting tujuan baca buku-buku motivasi ini untuk memastikan mental kuat untuk menghadapi peperiksaan besar. Kalau dulu UPSR, PMR dah boleh buat kita kecut perut..apatah lagi SPM, memang tak tidur malam lah jawabnya *tapi time dekat nak exam jelah yg tak tidur pun, sebelum tu nyenyak je tidurnya*

Itu belum kira exam time matrik, exam setiap semester dan MUET bagai. Bukan saje kecut perut, semuanya pun boleh kecut! Jangan main-main ye adik-adik. *adik-adik disini bermaksud kanak-kanak ye, bukan lelaki lembut atau juga adik-adik* Buku-buku motivasi dijadikan pembakar semangat, penguat semangat untuk cekal menghadapi apa sahaja.

Tapi kalau kita ni tergolong dalam kategori student yg brutal, memang tak baca buku-buku motivasi ni..katanya dah cekal hati, dah yakin diri. Iya ke? Apapun sy tergolong dalam kategori student yg suka baca buku-buku motivasi ni..sampai sekarang sy masih suka. Cuma sekarang baca buku yg lebih mencabar *katanya!*.

Sy baca 'Right From The Start", The 7 Habits of Highly Effective People', 'Jadilah Wanita Yg Paling Bahagia', 'How To Stop Worrying and Start Living"' 'Rich Dad Poor Dad'....macam-macam lagilah buku-buku motivasi yg sy baca. *betul ke semua ni buku jenis motivasi?* Buku-buku ni dapat bagi sy sedikit sebanyak panduan hidup. Sy lebih suka tulisan Dale Carnegie.

Disebabkan sy fikir motivasi diri itu sesuatu yg amat-amat-amat penting * sila ambil perhatian : ada 3 amat, jadinya ia memang sangat penting ye*. Memang penting kalau tidak takkanlah Dr Fazley menjadi terkenal, dia kan juga pakar motivasi. Sekarang ni Dr Sheikh Muzafar Shah pun jadi pakar motivasi kan. Emmm...angkasawan boleh jadi pakar motivasi, agak-agak HR practitioner boleh jadi pakar motivasi jugak tak? *hahahahaha*

Ini 2 motivasi yg sy petik * waahh...petik!* dari buku '365 Pelan Tindakan Positif- Napoleon Hill"...ehh, dia ni bukan adik-beradik mahupun saudara kepada Napoleon Bonaparte yg namanya banyak kita jumpa dalam buku teks Sejarah itu yer.

"Apabila anda telah benar-benar berjaya mengawal diri, anda boleh menjadi pemimpin kepada diri anda"

"Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yg baik"

Yg ini dari dale Carnegie, tak senonohlah kalau sy suka dia tapi sy tak petik ayat motivasi dia.

"If you can't sleep, then get up and do something instead of lying there and worrying. It's the worry that gets you not the loss of sleep."

Thursday, December 9, 2010

azam.baru.lagi.

Cutiiiiiiii...luangkan masa dengan keluarga. Sy bercuti 4 hari, untuk duduk dirumah dan luangkan masa dengan mama. Kawan sy beritahu satu fakta yg dibaca dari satu artikel, bahawasanya orang Asia ni amat jarang bercuti. Asyik sibuk dengan kerja dan hal-hal duniawi sahaja.


Bila difikirkan, sy adalah orang pertama yg patut mengaku yg sy selalu menyibukkan diri dengan kerja. Tapi sy bangga juga sebab tahun 2010 ni, sy agak kerap luangkan masa untuk family. Walaupun tak selalu tapi kerap juga. Bila makin dewasa, makin terasa mahu dekat dengan keluarga, saudara, jiran dan kawan-kawan rapat. Sy fikir nak rancang satu percutian keluarga tahun ni. Cuti-cuti Malaysia. Harap apa yg dirancangkan jadi kenyataan.


Sempena tahun baru Islam ni, macam juga orang lain...sy niatkan berazam untuk jadi hamba yg baik dan solehah. Sy tahu apa yg sy selalu tak buat, apa yg selalu sy tinggalkan. Sekarang tinggal sy, diri saya sendiri untuk berusaha lakukannya. Sy perlu sedar diri untuk sentiasa berada di landasan jalan yg benar. Sebab bahagia yg diidamkan bukan hanya untuk didunia ini, juga bahagia di sana nanti. Tempat yg kekal abadi. Sy bukan sahaja nak bahagia untuk diri sendiri tapi juga untuk mama, ayah, adik dan seluruh keluarga sy.

Allah sahaja yg boleh bantu sy untuk jadikan azam sy ni satu kenyataan. InsyaAllah..