Saturday, August 27, 2011

langkah.mencegah,dipanah.petir.

sebelum ribut
a) orang ramai perlu semak ramalan cuaca.
b) lihat tanda-tanda kedatangan ribut.
3) tangguh dahula sebarang aktiviti luar jika ribut petir dijangka berlaku.

semasa kedatangan ribut petir
a) orang ramai perlu masuk ke dalam bangunan kukuh atau kereta. Jangan berteduh di bawah pokok di kawasan terpencil.
b) seterusnya hindari menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik kerana talian telefon dan paip logam mengalirkan elektrik.
c) orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mandi.
d) tutup penyaman udara. Luruan kuasa elektrik boleh memberikan beban lebih pada pemampat.
e) berwaspada terhadap angin kencang sewaktu memandu kenderaan dan pindah ke tempt yg lebih tinggi jika berlaku banjir kilat.
keluar dari bot dan jauhi air.

jika terperangkap di luar bangunan dan tiada tempat berlindung
a) berteduh di kawasan rendah yg jauh dari pokok dan pagar.
b) jika berada di dalam hutan, dinasihatkan berteduh di bawah pokok yg lebih rendah.
c) jika didapati kulit terangsang atau rambut menegak, berjongkok ke tanah. Letakkan tangan di lutut dan kepala antara kedua-dua lutut. Jadikan badan sekecil mungkin dan kurangkan menyentuh tanah.
d) jika sedang berperahu atau berenang kembali ke darat dan segera berlindung.


sumber : utusan malaysia

Friday, August 26, 2011

good.bye.


I'm not good at good-bye
so let's pretend we're playing hide and seek
.....and you're going to be real hard to find....

~I'll miss you~

dedicated to Aini Qamariah...one of my friend...
hari ini dia melompat lebih tinggi...lebih jauh...
Good Luck!!

Tuesday, August 16, 2011

pandang.pertama.

Tajuk tak boleh blah betul!!
Aku suka actually sangat suka bila dapat tengok deretan buku yg tersusun cantik, timbunan buku yg banyak. Bagai jatuh cinta pandang pertama, mata aku akan terus menatap buku-buku tu semua. Terasa macam puas padahal pandang je pun. Bukan baca pun lagi. Tapi itulah perasaannya.

Dengarnya orang Malaysia ni malas membaca. Aku agak setuju sebab aku tengok ramai yg lebih suka ber-twitter dan berFB berbanding membaca. Kalau dalam LRT tu, boleh dikira berapa ramai yg membaca. Tapi aku tak nak lah berprasangka buruk kan..aku anggap yg diorg tu mungkin tak boleh membaca dalam kenderaan yg bergerak. Pening nanti. Dulu masa aku keje kat Scomi dan IPS, aku berpeluang naik LRT je untuk berulang-alik kerja. Jadi aku ada banyak masa untuk membaca dalam perjalanan. Tapi sekarang, office kat Mont Kiara, ulang-alik bawak kereta sendiri. Camne nak membaca? Sangat disesalkan.
Cita-cita aku bila dah pindah ke rumah baru nanti, aku nak khaskan satu bilik tu sebagai bilik bacaan. Aku nak letak almari buku yg besar *itupun kalau bilik tu besar*. Susun semua buku yg aku ada, dari yg aku dah baca ke yg belum sempat aku baca. Dari majalah hinggalah kamus. Aku nak sangat bilik bacaan ni. Sebab aku tau yg bilik ini berupaya buat aku tenang.

Sangat penting untuk ibubapa tanamkan sikap suka membaca pada anak-anak mereka. Supaya akan ada lagi berpuluh-puluh orang yg macam Tun Mahathir. Tutur kata beliau teratur, bermanfaat didengar, ada fakta, bernas dan menyenangkan. Melalui membaca beliau kutip banyak ilmu yg dikongsikan dengan orang lain. Cuba jenguk blog beliau, sangat berfikir, blog yg sangat ilmiah. Macam gedung ilmu...macam suratkhabar. Mesti pengunjung yg baca blog beliau tu ingin tahu apa pandangan beliau tentang sesuatu isu...nak tahu dari sudut pandang yg berbeza. Emmm...baca blog Tun Mahathir boleh dikira sebagai baca buku tak ye?

Aku sendiri dah berapa tahun tak jejak library. Rasanya kali terakhir masa belajar dulu. My bad...aku yg bodoh dah kerugian sebenarnya.

Sunday, August 14, 2011

selamat.malam.

biarkan berlalu..semua kepedihanmu
lelapkan matamu..biarkan mimpi membawamu
kemana kau mahu
selamat malam..tidurlah sayangku
siang kan tiba bercahaya
bermula baru semua untukmu

biarkan berlabuh tirai kisah semalam
yang indah itu padamu
dengan setiap impian dan harapan
selamat malam..tidurlah sayangku
siangkan tiba bercahaya
bermula baru semua untukmu

kan ku menjadi arjuna dalam mimmpi-mimpimu
kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
terhapus semua air mata dengan senyuman

selamat malam sayang..selamat malam kasih..
selamat malam sayang
tidurlah sayangku
siangkan tiba bercahaya
bermula baru semua untukmu
selamat malam..tidurlah sayangku


Saturday, August 13, 2011

itulah.sayang.







tanya sama hati
apa asal sayang
adakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda hubungan mesra

tanya sama hati
pernahkah merindu
ingat masa lena apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan itulah sayang

jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang
andainya jemu mengganti rindu
janbangan mesra tentulah layu

tanya sama hati
apa asal sayang
adakah tandanya nampak dipandang
kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda-tanda hubungan mesra




Friday, August 12, 2011

majlis.berbuka.puasa.bersama.TPM.


Mereka ini antara orang kesayangan aku dalam dunia ni. Minggu lepas berbuka bersama mereka dan jemputan lain di kediaman rasmi TPM, Sri Satria. Ini pertama kali aku kat sini sebab tahun lepas tak berkesempatan nak join. Jemputan kali ni terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang susah. Biasalah, inilah golongan yg selalu diutamakan kalau buat apa-apa sahaja program. Program kali ni aku tak tolong apa pun, cuma tolong datang makan je. Giler pemalas...emm..tapi busy kerja lah. *Berharap pemimpin tidak marah*

Seperti kebiasaan majlis berbuka puasa, jemputan akan terima sumbangan. Kali ni i) duit raya ii) kain pelikat *tak paham apa motif kain pelikat, padahal bukan semua lelaki* . Walau tak meriah mana pun sumbangan tu tetap rasa seronok tengok anak-anak tu semua yg nampak sangat excited. Manataknya, bukan selalu diorang boleh genggam duit raya rm50. Dahtu baru je berpuasa beberapa hari. Kalau aku pada umur tu pun akan excited.

Di sekitar kediaman rasmi TPM. Masa berjalan-jalan di kawasan sekitar, terus rasa menyesal sebab dulu tak belajar rajin-rajin untuk berjaya jadi menteri. Kalau aku ada rumah besar, cantik, halaman yg luas cenggini, memang aku rajin buat barbeque dengan kawan2. haihh...merepek dan berangan.

Juadah berbuka malam tu disediakan Eden Catering. Tapi ni nak beritahu pada TPM ni, lain kali pilih caterer lainlah pasal food malam tu biasa-biasa je. Tak sedap pun. Jemputan mesti ada high expectation kan...almaklum nak berbuka kat rumah menteri...mestilah dah terbayang food yg ala-ala kat hotel. Tapi yg ni aku rasa ala-ala orang kenduri je. Maksud aku kat sini bukan tamak haloba dan tak reti bersyukur ok...cuma nak beri pendapat je...Aku memang bersyukur dan berterima kasih. Lagi berterima kasih sebab aku pun dapat duit raya kan. Alkisahnya, semua dewasa yg datang pun dapat duit raya sekali, termasuk management team persatuan kami ni. * sedikit sebanyak hilang rasa kecewa bila food tak berapa nak kaw tim dengan selera*


*makin rasa yg aku ni tak pandai menulis blog...cerita semua pasal apa yg berlaku sekeliling aku je, semua cerita tak beri manfaat pada orang lain..haihh...sangat kecewa dengan diri sendiri*

Tuesday, August 2, 2011

simple.meaningful.sentences.


  1. Forgive everyone for everything
  2. Life isn't fair, but it's still good
  3. Time heals almost everything. Give time, time.
  4. You don't have to win every argument. Agree to disagreements.
  5. Dream more while you are awake.
  6. What other people think of you is none of your business.
  7. Your job wont take care of you when you're sick. Your friends will, stay in touch.
  8. No one is in charge of your happiness except you.
  9. Remember that you are too blessed to be stressed.
  10. However good or bad a situation is, it will change.

Monday, August 1, 2011

salam.ramadhan.-disini.ada.cahaya-.

Tajuk sangat serius tapi amat tak bersesuaian dengan gambar kartun 2 orang ni *ehh, apa penjodoh bilangan utk kartun ye?* Tujuan utama nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, bulan penuh keberkatan dan bulan dimana pahala yg melimpah ruah ditawarkan Allah. Ini dah mcm megasale, tapi megasale yg ini tak perlukan duit dan kalau menang berebut kali ni, manfaatnya sampai ke akhirat nanti.

Bersyukur saya dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan sentiasa berharap Allah membantu saya untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran. Jadikan saya seorang anak yg baik, yg beramal baik kepada ibu dan ayah. Jadikan saya cucu yg baik, kakak yg baik, kawan yg baik yg dapat membantu mereka disekeliling saya.

Teringat dulu-dulu semasa kecil, soalan saya pada Atuk ' Atuk suka bulan puasa ke bulan raya? Dengan senyuman Atuk menjawab " bulan puasa". Sekarang saya juga faham kenapa Atuk pilih Ramadhan. Pada umur ini, saya juga telah memilih Ramadhan lebih dari Aidilfitri. Semoga ibadah sy diterima Allah.