Friday, December 31, 2010

how.to.pursue.your.dream.


Go and ask K.Rajagobal and Harimau Malaya!


welcome.2011.




Wednesday, December 29, 2010

harapan.untuk.menang.besar.


Semua warga Malaysia tengah berkobar-kobar dan berdebar-debar untuk perlawanan bolasepak AFF Suzuki malam nanti antara Malaysia vs Indonesia. Perlawanan akhir ye kawan-kawan semua. Patut berbangga nih!!...Jikalau coach bijak Rajagopal dapat gelaran Datuk pun kira berbaloi apa. Berbanding artis yg ala-ala dapat gelaran Datuk. Korang fikirlah sendiri siapa artis yg dimaksudkan itu ye. *Malas nak cerita pasal artis sangat sebab dah banyak blog gossip lain yg lagi bagus dari blog ni*


Tapi yg paling tak best dan langsung takde kena-mengena dengan sukan berlaku. Peperangan dan pergaduhan antara penyokong. Emm..rasanya perang ini cuma dari sebelah pihak sahaja. Peluru ditembak bertubi-tubi dari sebelah sana. *janganlah pening sangat, perang ni bukan macam yg biasa tu, yg ada M-16, peluru berpandu tu semua ye..ini perang psikologi * Media Indonesia menyerang dengan ganas, ditambah lagi dengan penyokong setia Indonesia. Haihh!! Wahai kamu-kamu semua, ini cuma perlawanan bolasepak ok...kenapa sampai bertindak bodoh. Hanya disebabkan bolasepak, semua yg bijak pandai menjadi lupa diri, memaki hamun. Janganlah macamtu. Semangat kesukananlah sikit!! Nanti saya bagi bola sorang satu nanti, mainlah sendiri-sendiri, tak payah nak berebut-rebut kejar bola yg satu tu je.


Harapan saya dan warganegara Malaysia yg lain untuk malam ni ialah :

MALAYSIA MENANG dengan 3 gol....
MENANG BESAR....MENANG BESAR *saya putar roda lagi Halim....erk*

Sunday, December 26, 2010

hantu.kak.limah.balik.rumah.







Hujung minggu lepas dah menonton karya Mamat Khalid ni. Memang asyik ketawa je, pecah perut dibuatnya. Macam karya beliau yg terdahulu, ada 'sesuatu' yg menghidupkan cerita ini. Disebabkan dah selalu tengok cerita "Man Laksa dan Zombi Kampung Pisang" saya dapat menerima lawak dan jalan cerita yg sungguh sempoi ini.

Biarlah org lain kata ianya lawak bodoh, tapi sy rasa lawaknya tersendiri dan ada tujuan. Tidaklah macam peserta Raja Lawak yg kadang-kadang tak lawak langsung. Owh....Johan Raja Lawak pun ada dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah ni. Awie dah makin berjaya dengan watak-watak sebegini, watak sempoi, kelakar selamba dan cute.

Saturday, December 25, 2010

kalau.berpacaran.


kalau berpacaran memang banyak pantang larang
menjaga susila ibubapa adik abang
apabila berdua carilah tempat yg terang
agar tidak pula mencuba aksi terlarang

boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang bertambah sayang
biar malu-malu biar segan-segan
kerna malu itu perisai orang beriman



Agak-agaknya couple yg saya jumpa dalam lrt petang semalam tu tak pernah dengar lagu ni. Atau mungkin juga mereka layan radio yg siarkan lagu-lagu dari justin bieber, beyonce dan lady gaga sahaja. Tapi dari segi penampilan nampak macam mereka berdua suka layan hot fm lebih hangat dari biasa dan era rentak muzik terkini . Masakan tak pernah dengar lagu "Kalau Berpacaran" yg tengah popular sekarang ni.

Alangkah bagus kalau couple ni dengar lagu ni dengan gabungan keupayaan telinga dan akal mereka. Tidaklah membuat aksi-aksi terlarang dan menyakitkan mata penumpang lrt yg lain. Dalam lrt tak perlu tunjukkan kemesraan kamu berdua, tak perlu tunjukkan gaya-gaya merajuk-memujuk dan mengada-ngada kamu itu. Kalau kat taman bunga agak cliche juga. Perbuatan macamtu buat orang lain menyampah dan nak muntah. Lebih-lebih lagi kalau si perempuannya bertudung!..hei!!kamu merosakkan imej muslimah lain yg bertudung.

Remaja sekarang....haihh!.....macamanalah kalau ada yg menegur mereka agaknya? Agak-agaknya mereka mahu sedar atau akan melenting dan melawan?



Wednesday, December 22, 2010

sepuluh.perkara.yang.saya.benci.

1. Saya benci pemandu yg tak sabar.
2. Saya benci menunggu orang yg datang lambat.
3. Saya benci pada orang yg pentingkan diri sendiri.
4. Saya benci kalau saya terpaksa menipu atau bohong sunat.
5. Kalau terpaksa berbohong sunat pun saya dah benci, apatah lagi pada org yg suka menipu dengan sengaja...lagi benci!
6. Saya benci bila Astro selalu tayangkan sinetron indonesia kat Ria, Prima dan kadang2 tu kat Oasis sekali. Woii, saya bayar bukan nak tengok sinetron kat setiap channel melayu la.
8. Saya benci diri sendiri bila saya sakiti hati mama.
9. Saya benci tengok rancangan Melodi kebelakangan ini.
10. Saya benci bila sy salah kira lagi! Uarghh...


Sunday, December 12, 2010

motivasi.diri.


Pernah baca buku-buku motivasi? Dulu-dulu zaman masih bersekolah memang kerap baca buku-buku motivasi. Dengan harapan, diri ini akan lebih bersemangat, tabah dan bermotivasi untuk lalui segala liku-liku hidup sebagai pelajar. Dan yg paling penting tujuan baca buku-buku motivasi ini untuk memastikan mental kuat untuk menghadapi peperiksaan besar. Kalau dulu UPSR, PMR dah boleh buat kita kecut perut..apatah lagi SPM, memang tak tidur malam lah jawabnya *tapi time dekat nak exam jelah yg tak tidur pun, sebelum tu nyenyak je tidurnya*

Itu belum kira exam time matrik, exam setiap semester dan MUET bagai. Bukan saje kecut perut, semuanya pun boleh kecut! Jangan main-main ye adik-adik. *adik-adik disini bermaksud kanak-kanak ye, bukan lelaki lembut atau juga adik-adik* Buku-buku motivasi dijadikan pembakar semangat, penguat semangat untuk cekal menghadapi apa sahaja.

Tapi kalau kita ni tergolong dalam kategori student yg brutal, memang tak baca buku-buku motivasi ni..katanya dah cekal hati, dah yakin diri. Iya ke? Apapun sy tergolong dalam kategori student yg suka baca buku-buku motivasi ni..sampai sekarang sy masih suka. Cuma sekarang baca buku yg lebih mencabar *katanya!*.

Sy baca 'Right From The Start", The 7 Habits of Highly Effective People', 'Jadilah Wanita Yg Paling Bahagia', 'How To Stop Worrying and Start Living"' 'Rich Dad Poor Dad'....macam-macam lagilah buku-buku motivasi yg sy baca. *betul ke semua ni buku jenis motivasi?* Buku-buku ni dapat bagi sy sedikit sebanyak panduan hidup. Sy lebih suka tulisan Dale Carnegie.

Disebabkan sy fikir motivasi diri itu sesuatu yg amat-amat-amat penting * sila ambil perhatian : ada 3 amat, jadinya ia memang sangat penting ye*. Memang penting kalau tidak takkanlah Dr Fazley menjadi terkenal, dia kan juga pakar motivasi. Sekarang ni Dr Sheikh Muzafar Shah pun jadi pakar motivasi kan. Emmm...angkasawan boleh jadi pakar motivasi, agak-agak HR practitioner boleh jadi pakar motivasi jugak tak? *hahahahaha*

Ini 2 motivasi yg sy petik * waahh...petik!* dari buku '365 Pelan Tindakan Positif- Napoleon Hill"...ehh, dia ni bukan adik-beradik mahupun saudara kepada Napoleon Bonaparte yg namanya banyak kita jumpa dalam buku teks Sejarah itu yer.

"Apabila anda telah benar-benar berjaya mengawal diri, anda boleh menjadi pemimpin kepada diri anda"

"Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yg baik"

Yg ini dari dale Carnegie, tak senonohlah kalau sy suka dia tapi sy tak petik ayat motivasi dia.

"If you can't sleep, then get up and do something instead of lying there and worrying. It's the worry that gets you not the loss of sleep."

Thursday, December 9, 2010

azam.baru.lagi.

Cutiiiiiiii...luangkan masa dengan keluarga. Sy bercuti 4 hari, untuk duduk dirumah dan luangkan masa dengan mama. Kawan sy beritahu satu fakta yg dibaca dari satu artikel, bahawasanya orang Asia ni amat jarang bercuti. Asyik sibuk dengan kerja dan hal-hal duniawi sahaja.


Bila difikirkan, sy adalah orang pertama yg patut mengaku yg sy selalu menyibukkan diri dengan kerja. Tapi sy bangga juga sebab tahun 2010 ni, sy agak kerap luangkan masa untuk family. Walaupun tak selalu tapi kerap juga. Bila makin dewasa, makin terasa mahu dekat dengan keluarga, saudara, jiran dan kawan-kawan rapat. Sy fikir nak rancang satu percutian keluarga tahun ni. Cuti-cuti Malaysia. Harap apa yg dirancangkan jadi kenyataan.


Sempena tahun baru Islam ni, macam juga orang lain...sy niatkan berazam untuk jadi hamba yg baik dan solehah. Sy tahu apa yg sy selalu tak buat, apa yg selalu sy tinggalkan. Sekarang tinggal sy, diri saya sendiri untuk berusaha lakukannya. Sy perlu sedar diri untuk sentiasa berada di landasan jalan yg benar. Sebab bahagia yg diidamkan bukan hanya untuk didunia ini, juga bahagia di sana nanti. Tempat yg kekal abadi. Sy bukan sahaja nak bahagia untuk diri sendiri tapi juga untuk mama, ayah, adik dan seluruh keluarga sy.

Allah sahaja yg boleh bantu sy untuk jadikan azam sy ni satu kenyataan. InsyaAllah..

Saturday, November 27, 2010

cuba


cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba tuk berbicara dengan kamu
pernah kah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku....padamu
cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu
pernah kah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menungggu
agar senang kau merasa
maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkanku tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku


Thursday, November 25, 2010

menghapus.dosa.kecil.

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sibuk
sihat sebelum sakit
hidup sebelum mati

Sekiranya kita diuji dengan kesakitan, dosa kecil kita akan terhapus. Sekiranya kita demam, maknanya Tuhan menyayangi kita, maka Dia nak hapuskan dosa-dosa kecil kita. Maha Penyayang, itu salah satu sifatNya. Walaupun beri kesakitan, diberinya juga balasan baik. Kalau nak dikira, apalah sgt demam yg saya tanggung selama seminggu ni. Dibandingkan dengan dosa saya yg menggunung.

Tuesday, November 16, 2010

bila.takbir.bersahutan.

rasa sayu, syahdu, tenteram
rasa syukur, rasa diri ini kerdil, rasa terlalu banyak pikul dosa
rasa rindu pada ayah, pada atuk, pada embah
rasa gembira kerana masih punya waktu bahagia dengan keluarga
rasa perlu ubah diri, baiki peribadi...



jemaah surau baru sahaja bertakbir dan bertahmid kat rumah ni...ayat2 suci berkumandang secara 'live'...

selamat.aidiladha.1431H.

Sunday, November 14, 2010

kena.tembak.polis.

kematian itu pasti. bagaimana cara kita mati berbeza. ada yg mungkin kerana sakit tua, atau juga kemalangan jalanraya, tak kurang yg menghidap pelbagai penyakit kronik. semua itu dianggap kematian biasa.


macamana kalau mati disebabkan ditembak pihak berkuasa,mereka yg dipertanggungjawabkan menjaga keamanan negara? yakin ke polis tersebut simati yg ditembak itu adalah mereka yg benar2 bersalah? bagaimana ya sekiranya polis tertembak orang yg sebenarnya tidak bersalah atau orang yg sebenarnya berada ditempat yg salah pada masa yg salah juga?


bagaimana sekiranya anggota polis menembak mati seorang remaja yg dipercayai merompak, yg hanya bersenjatakan parang? betul ke tindakan anggota polis itu apabila dia menembak dibahagian dada remaja itu sehingga menyebabkan kematian? sy fikir sekiranya anggota polis berhadapan dgn penjenayah yg hanya bersenjatakan pisau, parang dan bukan senjata api, mereka akan menembak bahagian kaki atau mana-mana bahagian yg tidak menyebabkan kematian. kerana sy fikir tujuannya adalah untuk memberkas penjenayah itu dan menjalankan seterusnya siasatan....


sy faham sekiranya penjenayah itu bersenjatakan pistol atau senapang yg pastinya akan membahayakan nyawa anggota polis. sekiranya berlakunya kejadian tembak menembak, sudah semestinya polis perlu segera menembak dan membunuh kerana kalau tidak takut-takut nanti polis yg akan ditembak mati. emmm...sy perlu ada kawan dalam bidang polis ini, supaya sy boleh terus bertanya tentang procedure semasa menghadapi situasi2 cemas berdepan dgn penjenayah.


apapun terima kasih kepada pihak berkuasa kerana menjaga keamanan negara kerana akhir-akhir ini, kawasan kejiranan sendiri juga bukan lagi tempat yg paling selamat.

Friday, November 12, 2010

mula.mula.memang.tak.suka.

harus berapa lama lagi korang rasa. sy tak pasti berapa lama diperlukan untuk suka dengan office baru dan seisi office ini. dengan 2 boss yg agak banyak cakap yg selalu buat sy pening, dengan keadaan kerja department yg masih lagi caca marba. owh...kalau ikutkan hati, sy nak balik semula je ke office lama. sekarang rasa sedikit susah *tak boleh kata menyesal, tak baik*. seperti apa yg kawan baik sy jangkakan, sy memang akan hadapi masalah untuk adapt dengan persekitaran yg baru...*kenapalah kawan sy ni tak warning sy awal2, tentu sy tak berhenti kerja dulu*


sekarang sy akan berusaha untuk cepat beradaptasi dengan persekitaran baru sy. sy akan cuba pekakkan telinga dan membiasakan diri dgn suara2 boss sy yg asyik banyak cakap. tapi..yg paling sy sedih adalah keadaan tandasnya yg tak best, cuma ada 3 tandas yg kecil..macamana sy nak lepak situ untuk tenangkan fikiran ataupun untuk sembang dengan kawan2 melalui telefon? selalu rindukan tandas di plaza mont kiara.

stressed!!..esok nak ke ikea dengan mama...moga2 stress ini tidak berpanjangan ...sekian...

Thursday, November 4, 2010

hari.terakhir.274.

*yg ketawa gembira itulah boss kesayangan sy*
*mereka nampak gembira dgn makanan penuh semeja*

hari terkahir sy disini. kawan2 buatkan farewell party, terharu juga. rasa dihargai. sy berharap semoga kami semua dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan berkekalan dunia & akhirat.

ganbatte utk sy di tempat baru!




Tuesday, November 2, 2010

lagi.dua.hari.

khamis ni adalah hari terakhir sy berkerja di IBIL...selama 1 tahun 2 bulan sy belajar, bekerja dan mencari rezeki disini. singkat sungguh masa sy disini. kalau offer kerja baru ni dari kawan2 biasa, sy percaya sy takkan tinggalkan IBIL lagi. tapi disebabkan mereka yg high profile yg offer kerja baru ni, sy gagahkan juga untuk tender resignation. percayalah sy mengambil masa yg lama untuk membuat keputusan ini. kerana :

  • sy sayangkan boss sy
  • sy yakin sy boleh buat mcm2 lagi disini wpun management tak izinkan
  • sy suka dengan environment santai ini
  • sy takde masalah dgn boss atau kawan2
  • sy suka kerja dgn boss sy, dia memahami dan baik hati
  • sy suka sini kebanyakkannya disebabkan boss sy
  • presence dia buat sy bermotivasi *harap future boss juga baik*

Monday, November 1, 2010

meraikan.kisah.cinta.







perkahwinan adalah sesuatu yg istimewa. melengkapkan separuh dari iman. mendirikan masjid. adik *adik sebelah rumah yg dah seperti adik sebenar* sy mendirikan rumahtangga dgn pilihan hatinya. kami sekeluarga meraikan hari persandingan mereka semalam. sungguh meriah. penuh 14 khemah dengan jemputan yg turut sama meraikan. seronok sgt melihatkan tetamu yg hadir dan kemeriahan majlis ditambah dengan riuh rendah sanak saudara,sahabat handai yg berbual mesra kerana lama dah tak berjumpa. kenduri kahwin mmg tempat yg sesuai untuk kembali berjumpa sanak saudara, sahabat handai....saling update dengan kisah terkini. seronok tengok semua yg hadir tersenyum gembira. majlis ni boleh dikatakan amat-amat berjaya. syukur kami sekeluarga kepada yg Esa.

lebih2 gembira sekiranya ini majlis saya. saya mungkin hanya berharap...Tuhan yg menentukan. Hanya Dia yg tahu segala rahsia kehidupan didunia ini. Dia juga yg arif tentang hala tuju hidup hambaNya..

Wednesday, October 27, 2010

cara.atasi.gemuruh.

sy tak pandai, sy juga tak cukup bagus untuk menasihati orang lain. sy cuma nak kongsi cara shj disini. kali ni sy nak kongsi cara2 untuk mengatasi gemuruh atau gubra untuk membuat presentation.

terkenang semasa dulu..
waktu di kolej dan univeristi dulu2, tiap2 minggu ada presentation..kiranya dah lali dgn presentation..tak takut atau gubra langsung. dah mcm sesenang makan kacang je *senang bagi mereka yg ada gigi lah ye*. siap suka kalau ada presentation sbb rs mcm boleh tunjuk pandai dgn presentation skill dan slide yg super duper canggih. ada slide yg berbunyi2, yg perkataan terbang2, terpecah, slide yg penuh dgn warna dah mcm warna bendera malaysia. owh...mmg menyeronokkan...

masa kini
kalau kena buat presentation pd boss dan big boss, perut mulalah memulas2, tak selesa, tetiba rasa mcm nak demam, itu belum kira yg tetiba gastrik datang menyerang...macam2 alasan dan helah difikiran.
cara2nya
1. pastikan anda suka topik tersebut dan pastikan anda sediakan sendiri slide presentation itu.
  • kalau anda suka topik itu, anda akan lebih eager to speak dan menjadikan anda sepertinya gembira dan bersemangat utk present. kalau anda sendiri yg prepare slide, anda lebih familiar dgn setiap isi perut dan patah perkataannya. jadi anda lebih paham sbb nanti ada sesi soal jawab diakhir presentation.
2. bersedia awal
  • masuk meeting room lebih awal dari orang lain. bukan untuk sembang2 atau lepak2 yer tapi untuk set up laptop, connection laptop dgn projector/ohp, edarkan handouts...jgn nti bila semua orang dah sedia, kita pulak yg terhegeh2 betulkan itu ini..be professional ok, set up semuanya sebelum orang lain sampai.

3. anggap ceo anda, boss anda seperti budak2 yg tak tahu apa

  • kalau anda anggap ceo anda ceo, boss anda itu boss memang akan gubra weih..siap keluar peluh2 plak nanti. anda kena anggap mereka yg ada dlm bilik tu kurang bijak, andalah yg bijak so anda shj yg layak buat presentation itu dengan bersungguh2. so hati anda akan tenang..jantung berdegup dgn rentak yg betul, anda boleh bernafas dgn teratur. so semua akan berjalan dgn lancar.

4. gunakan ayat dan perkataan yg biasa2.

  • tak perlu gunakan ayat bombastic, fantastic, jargon bagai...tak perlu. gunakan perkataan yg simple, mudah faham. tp jgn pula guna perkataan budak2 sekolah ye, bukan itu maksud sy.

5. warna kena sesuai

  • gunakan warna dlm slide yg beri anda dan audien anda impak tenang, ceria dan meyakinkan. * warna pun boleh beri impak meyakinkan ok!*. bukanke merah mcm marah, biru mcm pantai yg tenang, hijau yg mendamaikan?

6. genggam sesuatu di tapak tangan

  • kiranya mcm anda salurkan semua rasa gemuruh anda tu pd sesuatu. genggam pemadam, penutup pen, apa sahajalah. alirkan dan salurkan semua gemuruh pd sesuatu itu.

7. selawat & doa

  • selawat memberi ketenangan. cari doa untuk hilangkan rasa gemuruh * sila cari sendiri yer*. Yakin yg Allah akan membantu anda ok.

*pandainya sy nasihat org lain..walhal selalu ada kupu-kupu dlm perut kalau sy sendiri kena buat presentation!*

Sunday, October 24, 2010

nothing.much.

dah agak lama tak update blog..tak bercerita kepada ....*tersedar yg sy tiada pembaca*. alasan paling kukuh sbb sy ketakcukupan masa. agak sibuk dgn kerja dan hal2 keluarga. tapi yg paling pasti sy amat merindui mereka2 yg telah tiada disisi masa ini. sy rindu arwah ayah, arwah atuk dan arwah nenek. rindu yg teramat. menitis air mata terkenagkan mereka. Al-fatihah buat semua kesayangan sy ini. baru td ziarah kubur ayah. mcm biasa, ketenangan dirasa apabila berada di tanah perkuburan. sy suka.

Saturday, October 16, 2010

.ubah.fikiran.

sesuatu yg tak disangka
seringkali mendatangi kita
itukah suratan dalam kehidupan
atau sekadar satu kebetulan

kita asyik membicarakan
persoalan hidup dan pilihan
sedang kejujuran semakin berkurang
masih tiada bertemu jawapan

walau kita dihadapkan
dengan berbagai pilihan
mengapa sering terjadi
pilihan tak menepati
hingga amat menakutkan
menghadapi masa depan
seolah telah terhapus
sebuah kehidupan yg kudus

Friday, October 15, 2010

.bubba.gump.shrimp.co.

* sy mahu ke sini lagi *

* minum ini lagi *

* makan ini lagi *

kenapa kawan2 semua asyik busy? aiyoo...

Thursday, October 14, 2010

.berkawan.8.jam.sehari.isnin.hingga.jumaat.

* kami yg suka menggembirakan diri sendiri*


* perut kenyang makanya hati pun senang*

gambar sy dan kawan2 yg bergembira dan menggembirakan semasa jamuan raya penutup syawal 2010 yg lepas. sy harap kamu semua gembira kerja disini....sebab sy sudah buat keputusan untuk terus disini untuk at least 6 bulan yg akan datang. mari kita gembirakan hari2 kita di office yer...ganbatte!!

Monday, October 11, 2010

anak.

sy selalu dengar, org yg tak suka anak akan ada anak yg ramai atau senang2 melahirkan dan buang baby tu. tp yg paling nakkan anak, tak boleh mengandung atau belum ada rezeki lg. ini percaturan dunia...ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki..semuanya ditangan Tuhan.

sepupu sy dah 4 tahun kahwin, belum dikurniakan cahaya mata...alih2 dpt tahu yg dia ada masalah dgn kesihatan*sepupu sy perempuan*...baru operation minggu lepas...sedih dia sama ditanggung suaminya dan semua ahli keluarga. kami semua berdoa semoga dia disembuhkan dan cepat2 dikurniakan cahayamata...insyaAllah, ada jalannya nanti.

Wednesday, October 6, 2010

memilih.antara.dua.

* etiqa Twin, adakah office dimasa depan?*
* plaza mont' kiara yg dikenali selama 1 tahun 2 bulan*

kenapa dulu sy beria-ia sgt nak cari kerja lain..nak resign dr sini..kononnya kalau dapat je offer lain, tak kira dari company apa, position apa...pasti akan terima je dgn rakusnya...kononnya dah benci sgtlah dgn current company ni *tak boleh tulis nama company, sy tak mahu kena saman*..benci sbb takde bonus, tak adil, takde 5 years planning, takde staff briefing, takde pantry cantik, takde itu dan juga takde ini..semuanya membuatkan sy tak puas hati...


sekarang sy dah dpt offer dari satu company lain, beza gaji rm500, benefits yg lain lebih kurang sama shj...sekarang pulak sy keliru samada nak terima offer itu atau stay...boss sy tgh buat proposal utk promotion dan increment sekaligus, dgn harapan ceo approve dan sy akan stay...boss, ketahuilah bahawasanya sy suka sgt kerja bawah boss...sy takde masalah dgn boss langsung...you're my fave boss, yg sy anggap mcm abang sendiri...serius nih! tak tipu...


tp masalahnya sy perlukan gaji lebih sbb sy ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. tanggungjawab pd adik dan mama....itu belum kira tanggungjawab pd negara, agama dan bangsa lagi tu. tengok, betapa byk tanggungjawab sy...*tak lupa tanggungjawab sy pd LHDNM, dgn membayar cukai pendapatan* boss tahu kan yg Malaysia ni antara negara yg byk kenakan cukai kepada rakyatnya *ehh..betulkan?* so sy perlu ambil kira semua tu...kalau gaji tak besar, macamana sy nak bawa mama sy makan luar setiap minggu, macamana sy nak bawa mama ke shopping mall kegemarannya...nasib baik mama tak pilih pavillion kalau nak berbelanja...setakat giant, carrefour, one utama, the curve tu sy mampu juga...


kalau boss propose kenaikan gaji utk sy, sy janji akan bekerja dgn lebih rajin...dan sy stay sini *walaupun disini ada perempuan yg sy tak suka itu* sy juga paham bahawasanya proposal yg boss buat tu hanya boleh dijadikan kenyataan oleh encik ceo, so sy berserah...kalau rezeki sy disini tentu Allah senangkan sy disini. kalau rezeki sy disana, tentu Allah senangkan perjalanan sy ke sana.

*sy nak buat solat isthikarah...tp .....sy tak tahu camana nak buat....haish! gila memalukan sungguh sy ni *

Monday, September 27, 2010

dihujani.dengan.cinta.



tajuk itu amat best dibaca..tp ini bukan bermakna sy tgh dilamun cinta, hati gembira dan berbunga2...tp sebenarnya sy dihujani dgn novel kiriman Cinta..."TERIMA KASIH CINTA!...amat seronok ye rasanya bila dapat buku yg banyak..terus rasa nak apply cuti 2 minggu utk membaca shj!..tp itu mmg mustahil lah kan..minggu ni aje sy kena siapkan 3 presentation slides...satu presentation mesti ada dlm 30 slides..oh lupa nak beritahu yg sy ni mmg super duper genius ya dan takde byk kerja *dibaca dlm nada menyindir*..disebabkan itu sy kena buat semua ni...* wahai boss sekalian, ketahuilah bahawa sy ada byk kerja ok, minggu ni adalah minggu payroll, pahamlah sikit..dah tentu2 ada byk kerja..uisshh*


nasib baik sy berjaya postpone interview yg sepatutnya rabu ni ke minggu depan...ada masa utk prepare sungguh2 utk interview itu :-P. ini kerana sy amat berharap yer...sekian.

Tuesday, September 21, 2010

orang.sombong.tiada.hak.masuk.syurga.

sy nak tulis entry yg bukan dari fikiran dan pendapat sy sendiri. ambil dr nasihat atau hasil tulisan org lain. kali ni tentang...

"sifat takbur akan menjadi tabir pemisah antara seorang hamba dengan syurga di akhirat kelak. ini disebabkan ia adalah penghalang antara seorang hamba dengan hamba yg lain melalui akhlak dan budi pekerti orang mukmin. akhlak yg baik menjadi kunci pintu syurga sedangkan sifat takbur dan membesar diri menyebabkan tertutupnya semua pintu syurga.

tanda-tanda orang sombong bongkak itu antaranya :
*riya', bangga diri
*suka menonjolkan dirinya
*memandang rendah orang lain
*bermulut keji, suka mencela dan mengkritik secara berlebihan
*berlagak angkuh ketika berjalan
*tidak menghiraukan nasihat dan teguran
*berlagak pandai walaupun tidak tahu
*suka membazir harta benda
*berpakaian terlalu menonjol dan berlebih-lebihan
*suka menindas orang yg miskin dan lemah "

Monday, September 20, 2010

hari.istimewa.setahun.sekali.

hari ni sy patut berterima kasih pd mama...sebab dia sy ada disini. 29 tahun yg dulu, dia bersusah payah lahirkan sy. terima kasih mama....sy amat sayang mama *walaupun sy anak yg degil juga*...ya Allah tolong panjangkan usia mama, berinya kesihatan yg baik, kegembiraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. apa yg sy buat semuanya utk mama...
LUV YOU MAMA!

Thursday, September 16, 2010

aidilfitri.1431 -3 syawal.dan.4 syawal.


3 syawal 1431

pagi2 lagi dah menuju ke rumah mentua Kicu Man untuk kenduri kesyukuran . ini pertama kali jejak kaki kat kg ketior..kat kuala kangsar kalau tak silap.jauh jugak dari seri iskandar..letih jugaklah lalu jalan kg yg agak kecik..tp ini baru terasa balik kg, dgn jalan yg kecik, kiri kanan hutan semak. bila sampai je terus perut lapar, kira molek lah tu...jauh jalan so perut lapar. makanan yg terhidang pun amat membuka selera. ada ikan keli sambal, pisang muda masak lemak, ayam masak kicap, rendang daging, ulam petai, ulam timun, sambal belacan, bubur jagung..pendek kata semuanya masakan kg yg amat sedap!

habis makan, minta diri utk ke hutan lipur ulu kenas...yahoo! mandi air terjun...ini aktiviti baru dihari raya ke-3....seronok!
4 syawal 1431
dah ada kat KL....so aktivitinya hanyalah mengadap tv, dahle astro penuh dgn rancangan2 hiburan yg melalaikan...so memang sy lalai jadinya..

Monday, September 13, 2010

aidilfitri 1431 - 1 syawal & 2 syawal


hari ini dah syawal yg ke4. pukul 1 pagi td bertolak dr seri iskandar balik ke kelana jaya semula setelah puas beraya kat perak....syawal kali ni ada sedikit kelainan berbanding syawal2 yg lepas. yg paling berbeza sbb kali ni sy sekeluarga tak beraya di kg tg sari, kg atuk dan embah. kiranya ini kali pertama tidak bermalam raya di rumah atuk dan embah yg penuh dgn nostalgia itu. entah kenapa tahun ni semua pakcik makcik tak mahu beraya kat kg, tak plan nak beraya kat rumah pusaka itu. akhirnya rumah itu sunyi di malam raya, sepi dipagi syawal 1431. berharap sgt dan berdoa semoga tahun2 akan datang rumah itu kembali meriah *walaupun tak mungkin akan semeriah semasa atuk dan embah masih ada bersama kami* pakcik makcik semua silalah selesaikan masalah dalaman yg terjadi, sesungguhnya semua masalah ada penyelesaiannya dan ingatlah yg air dicincang takkan putus, begitu juga hubungan darah kamu semua...

malam aidilfitri
malam raya lebih kurang pukul 8.30 lepas berbuka dan sy, mama dan adik bertolak balik beraya ke seri iskandar. beraya dan menumpang kat rumah adik mama. mmg kami agak rapat dgn keluarga ini, mungkin sebab kami selalu berhubung dan selalu merapatkan sillaturrahim. lagipun masa sy kecil2 dulu, sy manja dgn pakcik sy ni, begitu juga anak2 dia yg amat mesra dgn sy sekeluarga. perjalanan ke seri iskandar dari kelana jaya cuma mengambil masa 3 jam shj....emmm...agak cepat. jgn risau kami berhati2 dijalanraya, alhamdulillah malam tu takde kesesakan cuma kenderaan agak byk. sampai seri iskandar, lepas bertanya khabar dan berbual serba ringkas, kami merehatkan badan. dalam kepala dah penuh dgn agenda esok pagi; 1 syawal.

1 syawal 1431
pagi 1 syawal mcm biasa bersiap utk cepat sembahyang raya *tak sempat ok, imam mulakan solat tersgt awal..imam lain kali jgnlah awal sgt, pagi raya ni mmg sibuk suasananya so akan ramai yg akan lewat sampai...tahun depan lewatkan sikitnya..terima kasih..* ketupat, rendang daging, ayam masak kicap semua dah terhidang atas meja..apa lagi??....makan time!! setelah sebulan berpuasa pagi ni perut diisi dgn pelbagai juadah istimewa..yummy...ermm...perut dah kenyang ..apa lagi...marilah balik kg tg sari dan menziarahi kubur atuk dan embah.

sebelum tu kami 2 keluarga ini singgah beraya ke changkat lada, rumah wak ilyas. berborak panjang, bergossip keluarga, makan nasi himpit, lemang dan kuih muih kemudian kami menuju ke kg tg sari, ke rumah peninggalan atuk dan embah. tp sebelum itu kena pulak singgah beraya lg ke rumah pak ngah...oklah, perut pun masih ada tempat kosong lg ni, masih boleh diisi. silakan semua...

kami berehat kat rumah atuk dan embah, rumah kg yg paling sy rindu dan sayang. tempat sy membesar dan jatuh semasa bermain juga. mana boleh sy lupa rumah ini *walaupun rumah dah baru, bukan rumah yg lama dulu*...disinilah sy membesar dijaga atuk dan embah semasa kecil, disini juga sy belajar bahasa jawa *sekarang sy dah lupa, cuma masih faham*disini jugalah sy dapat parut dikaki yg kekal sampai sekarang, disinilah sy kenal erti saudara-mara dan keluarga *sy dididik dan diasuh atuk dan embah sejak lahir hingga berumur 6 tahun* disini jugalah sy disayang dan dimanja oleh atuk dan embah kesayangan sy ni. mereka akan demam kalau lama tak jumpa sy, begitu jugalah sy. owh....sy dah melalut teringat kenangan lama...

lepas sembahyang jumaat, kami semua menziarah kubur atuk dan embah *atuk dan embah disemadikan bersebelahan..wpun atuk pergi dulu*..selepas sedekahkan fatihah dan berdoa semoga roh atuk dan embah dicucuri rahmat dan ditempatkan digolongan beriman, kami balik semula ke rumah atuk dan embah dan bersiap2 untuk beraya ke rumah wak wan. wak wan abang tiri mama selain wak ilyas. tp sebenarnya tiada istilah tiri atau kandung dlm kelurga kami ni. kat rumah wak wan memang seronok sebab makanan sedap2 belaka. selalunya kami dijamu dgn kuih-muih yg sedap, asam dan jeruk yg berwarna warni...pecal *wajib ada setiap tahun..ehh, korang tau ke apa itu pecal?* lontong nasi, rendang kerang *favourite sy juga ni* rendang ayam, rendang daging...ishh pendek kata semua adalah..petang barulah kami semua balik ke seri iskandar semula dgn perut yg penuh...burrpp...alhamdulillah..

2 syawal 1431
hari ini seperti tahun2 yg lepas juga, mmg dah dikhaskan untuk menziarahi dan beraya dgn keluarga sebelah arwah ayah. sejak dulu lagi ayah dah mulakan tradisi ini, syawal ke-2 memang akan disambut dgn keluarga di kg paloh, telok bakong. walaupun dah 3 raya ayah tak bersama lg, we all tetap berkunjung ke sana. untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. kali ni ajak sekali fazree dan fahmy sebab cadangnya balik dr kg paloh kami nak round2 ke ipoh...

lama jugak kami kat rumah mak we dan pak we, mcm biasa kat sini mmg meriah sbb ramai sepupu2 yg balik tahun ni. penuh rumah dgn anak2 buah. alhamdulillah mak we makin sihat nampaknya, walaupun masih berkerusi roda, pak we pun sihat..lepas makan tengahari dan habis bersembang barulah kami beransur ke ipoh...jalan2 kat ipoh, keliling bandar ipoh...opss..bandaraya ipoh *ipoh dah jd bandaraya ok*..setelah penat barulah balik seri iskandar...malam ni sy decide nak belanja semua makan kfc ajelah...so mari tapau kfc...

syawal ke-3 dan ke-4 akan diceritakan pd next entry lah ye...




Wednesday, September 8, 2010

berhati.hati.dijalan.raya.Ops.Sikap.22.

semua org nak balik beraya dgn family tercinta..walaupun ada juga yg terpaksa beraya dgn family mertua yg tak berapa dicintai...tp asasnya ramai yg mahu balik kg beraya. yg mengimpikan sambutan raya yg lebih meriah di kg halaman tempat jatuh lg dikenang. disbbkan itu marilah kita semua berhati2 di jalan raya, semoga semua selamat sampai dan selamat beraya. jgn tak tahu yg walaupun belum lg sampai ke 1 Syawal, angka kematian nahas jalan raya dah lebih dr 30 org...yg meningkat jumlahnya setiap hari.

tolonglah ayah2 semua, ingatkan keselamatan anak2 dan isteri yg tengah seronok nak beraya dgn atuk dan nenek mereka, tolonglah drive dgn berhati2. anak2 yg tertidur kat seat belekang tu semuanya mahu bila mata dibuka nanti mereka dah sampai halaman rumah atuk nenek yg besar, yg dah dihiasi dgn pelita/punjut... bukan di katil hospital . isteri pulak jgnlah ikut sama tidur dgn anak2 semasa suami memandu, tolonglah berjaga dan temankan suami tu sekali, sembang2 sambil makan keropok *kalau yg balik siang, jgn makan keropok plak!* kadang2 bila hanya tinggal pemandu yg berjaga, dia juga akan turut sama mengantuk dan terlelap, jadi eloklah ada yg meneman bersembang sampailah semuanya selamat tiba ke kg masing2.


kemalangan yg perlu dielakkan ni bukan hanya masa balik ke kg dan pulang ke KL ni shj.malahan semasa nak beraya dan menziarahi sanak saudara juga. byk juga kemalangan yg terjadi semasa mereka ni berkonvoi menziarah rumah sanak saudara, yg dlm keretanya penuh dgn lemang yg nak dimakan dgn pakcik makcik, dgn sampul duit raya *yg berisi duit rayalah ye* yg nak disedekahkan kepada anak2 buah. tak sempat nka sampai rumah pakcik makcik dan kemalangan. korang fikir anggota polis, ahli bomba tu tak sedih ke bila nak selamatkan mangsa tu tetiba nampak lemang, dodol, rendang, sampul duit raya, baju raya dlm kereta tu. nampak sgt hajat mangsa tak kesampaian. sedih woo..double sedih sebab kesiankan mangsa juga kesiankan diri sendiri sebab kena bertugas dihari raya *terima kasih anggota polis, anggota bomba dan semua yg bertugas dihari raya*


Ops Sikap dah bermula beberapa hari lepas, anggota polis pun dah ramai yg diarah berkawal menjaga lalulintas diseluruh Malaysia. pendek kata semua persediaan dah dibuat utk mengelakkan nahas jalanraya. so sekarang ni terpulanglah kepada pemandu itu sendiri samada nak bersabar dan berhemah sentiasa dijalan raya ataupun nak tergesa2 dan cepat sampai ke kg tanpa mempedulikan keselamatan keluarga. apapun sentiasa ingatkan diri sendiri dan kawan2 utk selalu berhati2, selamat dalam perjalanan pergi dan balik barulah boleh selamat berhari raya dgn gembira.

Saturday, September 4, 2010

mari.mengecat.rumah.


tahun ni mama nak mengecat rumah *bukanlah mama yg susah payah mengecat..kalau mama yg mengecat, confirm sy tak cium bau syurga..* kali ni rumah bewarna kuning+kuning cair, 2 warna yer...nasib baik cantik kombinasi ni...idea mama sebelah rumah. kiranya rumah jiran2 sy sekeliling tingkat 7 ni bercat baru dgn kombinasi warna yg pelbagai...kuning pekat+kuning cair, hijau pekat+hijau muda, purple+pink....meriahh!!...rumah nampak lebih berseri dgn warna cat yg baru, makanya akan membuatkan semua org menjadi lebih bersemangat utk raya...

bukan warna yg cantik itu yg nak sy utamakan kat sini..tp sebenarnya kemeriahan jiran tetangga yg saling tolong menolong, riuh rendah memeriahkan acara mengecat rumah ni yg nak sy fokuskan disini ...walaupun hanya 2 org shj yg betul2 mengecat, tp disebabkan ramainya yg berkumpul...jadi amat meriah...masa ni dapat eratkan sillaturahim sesama jiran tetangga. ramai yg fikir kalau duduk rumah flat, apartment atau kondo ni tentunya masing2 sibuk dan tak bergaul mesra dgn jiran tetangga. tp kat rumah sy ni...emmmm....amat mesra ye! sebaris ni dah macam rumah sy. keluar masuk rumah jiran2 sebelah dah mmg biasa, makan apa yg dia makan, lepak rumah jiran, tengok tv rumah jiran *sbb astro dia byk channel berbanding astro sy* pinjam beras, pinjam kicap, pinjam duit *kelakar bunyinya tp benda ni mengeratkan hubungan jiran tetangga* .

disebabkan keseronokan dan keaakraban ini jugalah mama sy tak mahu pindah ke rumah baru yg sy belikan kat tasik puteri itu. padahal rumah sana amat selesa kalau nak dibandingkan dgn rumah sekarang ni. flat vs semi-D...akhirnya, rumah besar itu mcm dibiarkan kosong. tp sy tetaplah membayar installment setiap bulan tanpa ketinggalan. takpelah, bg sy rumah disana tu tetap aset walaupun sy tak tinggal atau sewakan lg. selain itu, kegembiraan mama adalah yg paling perdana dlm hidup sy....setiap kegembiraan mama menjadi kegembiraan sy juga! alhamdulillah utk semua perkara...

Friday, September 3, 2010

grasshopper.itu.sudah.jumpa.rumput.yang.lebih.hijau.


kawan sy yg paling sy sayang di ofis ni dah buat keputusan semalam...dia 100% yakin yg dia nak resign dr sini...antara interview session yg byk dia attend , yg paling dia tak yakin itulah yg dia dapat. walaupun katanya, dia serabai,dia tak bersungguh2 dan dia setakat sembang2 shj, namun kalau dah rezeki tiada siapa boleh jangka, pasti akan jadi hakmilik juga akhirnya. sy gembira..juga rasa sedih kerana sy tau ketiadaan dia nanti akan buatkan hidup di ofis ni akan menjadi bosan. tahu tak yg dengan dialah sy selalu sembang2, selalu bercerita ttg keluarga, ttg pendirian, pandangan sy, dengan dia jugalah sy selalu ke shopping mall utk mencari kasut cantik, baju cantik, dengan dia jugalah sy makan, mencuba makanan yg sedap2, dengan dia jugalah sy membanci dan dikejar anjing, dihalau tuan rumah, dengan dialah sy ke padang besar utk mencari brg utk dijual secara online, create blog degorgeoushoppe....byk susah senang sy kongsi dgn dia.

saya selalu tepat menilai org..kalau 1st impression sy ok, insyaAllah org tu mesti baik hati. so penilaian sy pd dia amatlah tepat. dulu kat ofis lama sy ada haneem, disini sy ada suhana....tp tak lama. harap2 lepas ni rezeki sy pula utk dapatkan rumput menghijau di padang yg lain. sy doakan dengan seikhlas2nya kejayaan dia. semoga dia dapat apa yg dia nak dalam career ni. semoga juga we all akan terus berkawan, walaupun tak serapat sekarang...

Saturday, August 21, 2010

10.Ramadhan@Nelayan.Titiwangsa.









ramadhan ke10 sy lalui dgn gembira. bertambah lg gembira bila dapat berbuka dgn kwn2 office. kami gerak dr mont kiara pukul 5pm ke restoran nelayan titiwangsa. saje dtg awal, nak jejalan kat kawasan tasik tu..kononnya!..hehehehe...kali ni buat pertama kalinya sejak join company I*** sy berbuka dgn kwn2 office...last year sy sombong, tak mau join diorang...emm...lagipun last year mereka yg ada tak seseronok yg tahun ni...seronok ke tahun ni?? rasanya sy jarang sekali reveal diri sendiri dan kwn2 sy dlm blog ni..bukan takut org lain kenal cuma sy tak rasa ada org yg baca blog sy ni..so tak perlulah nak ada gambar sbnar....tp bosan plak bila takde gambar sebenar..so kali ni sy nak letak gambar sebenar *owh ayat BM sy ni, semacam je bunyinya..harap maklum yg sy sedang berusaha menulis dgn bhs yg elok*
kwn2, harap maklum yg sy amat bergembira spent time dgn kamu-kamu semua...!sungguh...

Friday, August 13, 2010

sy benci dia..teramat benci

kali ni nak cerita ttg perkara negative..kiranya entry kali ni tak baguslah..sbb sy menjadikannya sbg lepas geram. dibulan mulia ini septtnya sy tak buat entry benci membenci ni...tp sy fikir kalau sy tak menulis sy akan terus sakit hati, at least kalau sy menulis ttg ini sy akan rasa lega dan buangkan rasa benci dr dlm hati sy ni. semoga hati sy kurang hitamnya, kurang jahatnya...
owh..sy teramat geram dgn seorang sr manager di office sy tu. dia amat berlagak dan sentiasa fikir dia betul, dia bijak dan dia sorang saje yg berkerja keras demi syarikat. sy amat tidak kisah kalau dia tak mengganggu hidup sy sbg salah seorang pekerja kat office tu, tapi masalahnya dia selalu ganggu hidup sy ok. agak logik kalau dia minta sy buat report dan beri masa yg cukup, tp amatlah tidak logik apabila dia suruh sy buat report tahun 2008,2009 dan 2010 dalam masa sehari bekerja. amat tidak logik dan amat tidak senonoh perangai itu. even boss sy sendiri tak pernah suruh sy buat keje yg begitu * sekarang sy keliru, siapa sebenarnya boss sy ni?kenapa sy kerap terima task dari pompuan gila tu*
cerita ttg sy yg tak suka pompuan ni bukannya baru bermula sbnarnya...sejak hari pertama sy jejak kaki ke syarikat ni sy dah dengar mcm2 cerita buruk ttg pompuan ni dr kwn2 lain, especially dr kwn2 yg keje utk dia, kiranya anak buah dialah. dah ramai anak buah dia yg bijak2 orangnya resign semata2 disbbkan dia... amat merugikan syarikat apabila pekerja yg bijak dan comitted resign ye...kisahnya pompuan ni amat pemarah, suka maki hamun staff lain, suka cari kesalahan org dan amatlah pandai bodek big boss. ntah kenapa walau satu office tak suka dia, big boss tetap suka dia...*adakah sbb dia ada menyimpan rahsia2 syarikat?..emm entahlah* mula2 dulu sy fikir yg sy takkan terjejas dgn dia, sy takkan kena marah olehnya..tp ternyata yg itu semua impian palsu. nampaknya sy selalu terjejas disbbkan dia, emosi sy akan jd tak stabil bila dia terlibat dlm keje2 sy. sy akan cepat panas hati dan mula membebel dan menyesali kehadiran sy ni syarikat ini. sy kerap salahkan boss sy atas apa yg berlaku, sebab kerana dialah sy masuk syarikat ni. semuanya kerana dia. tp sbnrnya sy tak boleh salahkan boss sy pun, niat dia baik dan sy tau dia sayangkan sy, dia selesa kerja dgn sy...*amat yakin, kalau tak..takkanlah dia beria2 ajak sy join dia....uish, tak kisahlah apapun yg pentingnya sy anggap dia mcm abang dah, semua benda pun sy boleh bercerita dgn dia* semua benda yg berlaku ada hikmah disebaliknya....ini sy yakin..cumanya sy ni tak cukup sabar utk tunggu hikmah tersebut dan dgn redha menerima segala apa yg berlaku...sy tetap cepat marah dan tak sabar selalunya.
semalam pompuan ni dah menyebabkan sy lewat sampai rumah dan sy telah menyebabkan mama berbuka seorang diri di rumah tanpa sy dan adik. adik sy dah inform awal2 yg dia tak dapat berbuka sama untuk siapkan assignment di kampus. sepattnya sy ada utk berbuka bersama mama, alih2 disbbkan pompuan ni mama berbuka seorang diri. sy masih lagi boleh terima dan buat bodoh kalau perkara ni melibatkan sy seorang shj, tapi kalau dah melibatkan mama atau adik sy..sy memang akan bengang dan boleh membawa kebencian yg teramat kepada dia.
sy sedar, sy perlu bykkan bersabar hadapi perkara remeh yg berkaitan dgn perangai tak betul pompuan ni..tp sy juga berhak kan utk suarakan apa yg sy tak puas hati?..at least sy tak pendam dalam hati dan kumpul semuanya jadikan dendam.
p/s : terima kasih kpd boss sy yg selalu tenangkan sy, selalu terima dan layan kerenah childish sy dan selalu nasihatkan sy.

Wednesday, August 11, 2010

sehari sebelum puasa 2010

sehari sebelum berpuasa sy telah menyebabkan momo sy *myvi hitam sy* kemek dibhgn pintu belakang sebelah kiri. hahahahah...sy dah dpt agak yg sy pasti akan cederakan momo sy ni...tunggu masa je, so akhirnya semalam sy mencederakan momo dgn agak teruk. habis kemek, dah cacat, tak cantik lg. dah tak sama bentuknya dr hari pertama sy keluarkan momo dr showroom perodua...takpelah, nak buat camana sy juga yg buat. pagi semalam sewaktu nak keluar dr parking lot, sy amat yakin yg momo sy muat rupa2nya tak muat ok, dah bergesel teruk dgn viva. viva tu pun satu hal, kenapalah dia nak parking terlalu dekat sgt dahtu on handbrake. tahukan anda sepatutnya kalau anda double parking, anda tak perlu on handbrake yer..neutralkan kenderaan anda supaya org lain boleh tolak kenderaan anda. ini untuk keselamatan kenderaan masing2 juga. almaklum kita ni duduk rumah flat yg mmg dah terkenal dengan double parking. sekian nasihat sy....

2 hari sebelum puasa, WRB kawan baik sy pun tercedera. juga lebih kurang sama je penyebabnya. semasa nak keluar dr parking yg sempit, lalu tersagat pd tembok batu. cedera jugalah WRB putih dia. maka kami berdua buat kesimpulan bahawa kami berdua amat tidak berkelakuan baik, makanya Allah telah memberi pengajaran melalui kesilapan kami sendiri. ya kami berdua redha...lepas ni *lebih2 lg dibulan Ramadhan yg mulia ini* kami dah tak mahu ambil peduli hal jahat org lain.

tp perangai pompuan jahat tu amat jahat kot...malas nak cerita kat sini. kalau sy cerita nanti ramai yg setuju dgn sy..dah sy berdosa lg...elok sy dan kawan sy je yg tahu *lgpun kawan dah pesan, jgn beritahu org lain...pesan dia tu utk bulan puasa ni shj or utk selama2nya yer?*

Monday, August 2, 2010

sesat saje kami nih...!


semalam pergi membanci utk fasa ke-3..kali ni dapat rumah flat hanya dari tingkat 9 hingga ke tingkat 15. adalah dlm lebih kurang 120 rumah utk sy dan kwn. kali ni agak relaks sgt sbb takde apa2 yg bahaya *sebelum ni ada bahaya anjing garang dan juga orang gila* kami dpt temuramah 60++ rumah dan ada lagi 50 rumah yg perlu dilawati semula..so kami plan nak buat rabu ni. seperti biasa, SESAT adalah salah satu kemestian dlm misi membanci kami...*selain dari makan tempat yg cosy* waktu 1st time nak cari kawasan rumah kami dah sesat, bila pergi makan jauh sikit dan nak balik semula ke kawasan rumah..kami sesat lagi...kami berdua amatlah suka sesat dan sesat juga amat suka kami!...takpelah bila lagi nak sesat kan? bukan selalu...*ehh..tp selalu juga kami sesat walaupun cuma nak ke 1utama dari mont kiara*...

Sunday, August 1, 2010

merisik? deymn funny!!


someone buat keja giler yesterday...dan dia telah menyebabkan sy terperuk dlm bilik selama 3jam.. kenapa perlu dtg rumah sy waktu malam hanya sebab kononnya nak berkenalan dgn family sy?..kelakar ok!...sy dgn dia hanya pernah sms 15x, sms yg sebanyak itu tak menjadikan dia layak utk dtg rumah sy...paling kurang pun kena keluar dgn sy sebanyak 25x baru boleh dtg rumah dan berkenalan dgn keluarga...dia fikir dia berani ke dgn tindakan sebegitu...emmm sy tak rasa pun itu satu tindakan berani *lainlah kalau pergi berjuang menentang tentera israel, barulah berani betul* yg paling kelakar atau juga memalukan sbb time dia dtg rumah tu, ramai plak yg dtg sekali...jiran2 sebelah rumah juga dtg sama..sbb mereka ingatkan nak berbincang hal blok H ni....almaklum sy dan mama sy AJK blok...so kiranya masa tu ada 2 perbincangan...pertamanya pebincangan aktiviti blok dan yg keduanya perbincangan utk berkenal2an...dia amat gubra kot sbb tetiba ada ramai org pulak kat rumah..padahal sepattnya cuma ada mama,sy dan parent angkat dia...padan muka!!saper suruh dtg tanpa dijemput...yg buat sy rasa amat kelakar tu sbb cara dia dtg tu mcm sungguh2 je dia dah kenal dgn sy...padahalllll...hanya pernah sms 15x aje....!!deymn funny!! *owh mungkin org lain tak anggap ini sesuatu yg kelakar, tp bg sy memang kelakar* mungkinkah disbbkan faktor umur kami yg jauh beza *10tahun* itu yg sbbkan sy fikir perkara dtg rumah jumpa parents diawal perkenalan tu agak kuno walaupun bagus sebenarnya perkara tu...tp zaman sekarang ni, mana ada guys dtg rumah kawan dia yg dia belum kenal..selalunya dah kenal beberapa bulan barulah boleh dtg rumah...hanya mereka yg special shj yg boleh dtg rumah....adalah beberapa perkara yg kelakar jugak happenned yesterday...tp tak perlulah sy cerita detail sgt...apapun, mama, jiran yg dah sy anggap keluarga sendiri pun tak suka dgn apa yg berlaku semalam...mereka reject ok...emm, so tak salahlah kalau sy juga reject kan?...*sy tak bersalah apa pun ok*

Wednesday, July 28, 2010

sy yg suka merungut

sy suka merungut...dlm sehari kalau sy tak merungut mmg tak sah hari sy tu...sy amat amat sedar yg sy suka merungut, tp sy tak anggap merungut tu sesuatu yg selalunya negative...cuba fikir balik, rungutan juga boleh jadi sesuatu yg positive...cthnya mcm sy yg suka merungut psl masa..sy rindukan masa2 dimana sy amat seronok, masa sy tak perlu fikirkan utk job hunt, masa dimana sy dpt relakskan minda sy dengan window shopping dan jejalan shj tanpa arah tuju di mall. rsnya melalui rungutan ini sy tersedar yg dah lama sy tak enjoy menjadi sy. so sy perlu slowkan phase dan belajar untuk enjoy masa sy, enjoy being me dgn setiap benda yg berlaku disekeliling sy.
sy juga suka merungut, katakan yg diri sendiri bodoh tak dapat atasi masalah *tak kesahlah masalah kerja atau masalah sosial, masalah family*. sebenarnya sy perlu belajar utk hadapi semua masalah dgn tenang dan cool. sy tak perlu nak handle semua benda dan pastikan sy berjaya handle perkara tu. kalau sekali sekala sy fail mungkin juga takpe, dpt dimaafkan. asalkan sy dah cuba sehabis usaha sy. tak perlulah sy nak tension kalau ada perkara yg sy tak boleh nak handle.
selain itu, sy suka merungut tak puas hati dgn office dan management tempat sy bekerja ni. makanya sy tiap2 hari akan view jobstreet, mencari-cari peluang kerja yg lebih baik. tp disbbkan rungutan sy kepada diri sy sendiri ni yg jadikan sy lebih bersedia *bersedia utk pergi interview dan bersedia utk mjawab phone interview *dan tak selalu rasa berada dlm comfort zone. emm..agak bagus tu...rungutan sy yg beri motivasi kpd diri sendiri utk cari kemajuan dlm career.
merungut psl gaji...ni lagi satu topik rungutan yg sy suka. sbb sy rasa sy boleh buat lebih dan sy boleh dpt lebih *lebih gaji yer*. ramai je kawan2 sebaya sy yg dpt gaji lebih dari sy..kerja company yg public listed *walaupun before ni sy mmg kerja public listed company*. so apabila sy kerap merungut, sy akan sentiasa sedar yg sy dah terlambat dan sedikit ketinggalan dr kawan2 lain...so sy perlu pantass....*owh bila sy nak dpt kerja yg best nih*
walaupun sy kerap merungut, please jgn sangka yg sy tidak bersyukur dgn segala nikmatNya ok. sy amat bersyukur, sgt2 bersyukur dengan apa yg sy ada...at least sebahagian cita2 dan impian sy tunaikan. apa yg sy janjikan dgn diri sendiri, sy tunaikan sedikit demi sedikit...*walaupun lambat, tp bersyukur tetap ianya berlaku*. pendek kata merungut tu dah jd hobi sy...cara sy mengingatkan diri sendiri, menyedari kekurangan diri sendiri....dan yg paling penting sy amat bersyukur dan yg juga paling penting...sy syg family dan kawan2 sy!...

Monday, July 26, 2010

5 things i luv about Faizal Tahir (FT)


1 - music dia - gabungan idea music FT dan Audi Mok sangat2 best!

2 - nyanyian dia - tersendiri, suara yg sedap..

3 - gaya rambut dia - korang pun paham gaya rambut dia kan...

4 - cara dia menyebut tiap patah perkataan inggeris - slang dan pronounciation dia best!

5 - performance dia - mesti nak hebat selalu

Sunday, July 25, 2010

orang gila


tolong...!! ada org gila ikut sy....siapa yg gila agaknya?sy yg buat keje yg tak septtnya sy buat atau lelaki itu yg gila kerana ikut sy dan kwn waktu kami bekerja...entri lepas sy ada ceritakan yg sy dan kwn sy jd pembanci kan..so semalam dari pukul 1 ptg hinggalah pukul 8 mlm kami berdua *2 girl yer* pergi mbanci di tmn ampang mewah....fasa kali ni dah fasa ke-2, kami berdua dpt membanci di kawasan rumah flat 5 tingkat pulak....yahooo...agak gembira kerana tentunya banci kali ni tak sesusah membanci kawasan kg tanah lot. almaklum kalau kawasan tanah lot ni, rumahnya tak tersusun dan ada byk anjing ye...*kerana ini kawasan kg masyarakat cina, so mmg normal kan ada byk anjing* tp rupa2nya cabaran kami kali ni lain. bukan anjing tp lelaki yg agak gila...

cuma tinggal lebih kurang 10 rumah aje lagi, kalau dia tak ganggu dan ikut kami tentu banci dah siap..geram sebenarnya pd dia!...mengacau je!!...mula2 kami tak perasan yg dia tu tak betul, so apa yg dia tanya2 *walau soklan dia ntahapaapa* kami jawabkan aje...kiranya dah mendatang kat neighboourhood ni..so berbudi bahasalah sedikit. alih2 soklan2 yg agak ok bertukar menjadi soklan2 yg pelik...so kami amat yakin yg dia amat tidak betul...tghari dah terserempak sekali, so we all lari menyorok dr dia dgn harapan tak jumpa lagi dah...tp ptg tu terserempak dgn dia lagi, dengar bebelan dia yg makin mengarut. disbbkan dia makin dekat je setiap masa, so we all lari..lari sana dia ikut, lari sini dia ikut..alih2 we all lari ke gerai jual burger...adalah pakcik, makcik, abg melayu ni...ingatkan dia tak mau ikut dah, rupanya dia still ikut kami...siap bebel kat pakcik tu lg...sy dgn kawan ni dah seram gak...kawan ni pura2 call someone supaya dia takut..tp dia tak takut pun?agak lama jugak kami kat gerai burger tu...amik kesempatan bila dia dah jalan jauh sikit, terus kami balik...nak menuju ke kereta pun takut dowh! manalah tahu dia ikut lagi...*napelah parking jauh td*...bila dah agak hampir dengan kereta, rupa2nya dia ada kat situ jugak..so kami mintak tolong dgn sorang guy ni, mintak dia temankan kami ke kereta...bagus jugak sbb guy ni ada screw driver kat tgn dia sbb dia tgh baiki motor dia td...at least ada jugak senjata....*masa ni dah fikir nak beli pistol, amat berguna pistol disaat kecemasan * we all selamat masuk dlm kereta dan lelaki gila tu ada berdekatan sambil jerit2 panggil we all....maknanya dia mmg tggu we all ok! gila....start enjin kemudian drive keluar dr tempat tu...

panik jugak kami berdua sbnrnya..mula2 mmg berani, tp bila lelaki tu lebih berani dari kami...kami mula takut...balik rumah elok jgn beritahu mama, kalau tak tentu dia bising tak bagi buat banci lagi....cabaran banci fasa ke-2...harapnya ini yg terakhir...

Tuesday, July 20, 2010

bila sy tak tidur malam


masalah tak dpt tido malam dgn nyenyak ni bermula sejak sy menyibukkan diri sy dengan mcm2 aktiviti...tak pastilah aktiviti sy ni bermanfaat atau cuma aktiviti yg nak habiskan sy...kurang pasti dan sy tak mahu byk fikirkan...manalah tahu bila difikirkan semula aktiviti sy ni hanya buang masa...tentu sy marah dgn diri sendiri akhirnya...
aktiviti 1: bersembang/berborak hingga jauh malam *bukan jauh malam dah..awal pagi*
sy makin kerap bersembang dgn jiran dan kwn2 hinggakan mata sy dah kuyu..nasib baik takde black circle...byk betul perkara yg nak dibualkan..entah dari mana semua perkara dan cerita tu muncul..kalau sy jd DJ radio mmg amat berguna amalan bercakap/bersambang ni..

aktiviti 2: baca blog org lain
since sy baru menceburi diri dlm bidang blogging ni..sy amat teruja nak baca blog lain..sy nak cari blog yg sy suka..blog yg dapat beri sy inspirasi utk menulis...teramat suka membaca gaya penulisan yg tersusun, teratur bahasanya...ada makna tulisannya..beri inspirasi segala apa yg dikongsinya...

aktiviti 3: termenung dlm gelap
bila malam sy makin kerap termenung dlm gelap..sy mampu duduk dan termenung tanpa buat apa2 dlm gelap tu...kadang2 sy termenung dan berfikir...mcm2 sy fikir, sy penuhkan kepala sy dgn perkara2 yg sy lalui sepanjang minggu tu dan cuba utk cari apa hikmah semuanya, kenapa ia berlaku...kadang2 sy termenung kosong...hanya termenung dan berdiam diri tanpa fikir atau buat apa2...ntahlah

aktiviti ini yg buat sy tak tidur malam. akhirnya selalu sy mengantuk kat office..tp sy tak salahkan diri sendiri sbb kat office sy mmg membosankan...ramai yg bgtau mcmtu...so mmg patutlah sy ngantuk dan bosan..suasana office tu sendiri membosankan sy...*kecuali part yg sy gaduh2 dgn boss..itu mmg tak bosan..owh lg satu part sy dgn kwn baik sy di office..ini juga tak membosankan*

Monday, July 12, 2010

stress...tapi best

sy ada 2 cerita...2 perkara yg buat sy stress tp juga menggembirakan dlm masa yg sama...yg pertama, pg td sy drive sorang2 dtg keje...ini perkara yg amat amat amat stress utk sy buat...tp bila dah selamat sampai office, sy amat amat amat gembira *sila lihat bhw jumlah amat sy adalah sama utk 2 ayat itu, bermakna, stress dan gembira yg sama level* sy dah hampir menamatkan fobia/trauma sy sendiri! kira kejayaan besar bg diri sy sendiri ni. namun sy masih perlu tingkatkan skill pemanduan sy, supaya sy lebih berhati2 dan yakin diri juga berani. sy amat bersyukur sgt!


kelmarin juga sy drive dr kelana jaya ke mont kiara then ke pandan jaya...kiranya itu adalah journey sy yg paling jauh setakat ini. sy agak yakin utk drive sebab kawan ada sekali. so dia tunjuk jalan since sy tak tahu langsung nak ke pandan jaya dari mont kiara. seronok drive time tu, walaupun giler stress dan takut, tp sy byk cakap dan byk bergurau2 *sebenarnya utk hilangkan nerves yg teramat* sy juga amat bersyukur time ni...sbb berjaya hilangkan fobia/trauma sy. masih ada lagi baki trauma/fobia dlm diri sy ni...so sy akan terus hilangkan dia sedikit demi sedikit, insyaAllah...


semalam sy ke mesy. perwakilan umno bhgn kelana jaya. ini kali ke-2 sy ke mesy bhgn kelana jaya, so far dari kaca mata sy yg tak punya jawatan tinggi, tak punya ilmu yg byk ini, rasanya masih byk yg perlu diperbaiki dlm mesy. biasalah, semua benda mmg akan ada room for improvement. tp tahniah buat semua yg menjayakan mesy perwakilan umno bhgn kelana jaya semalam. yg dtg utk merasmikan mesy adalah ketua menteri melaka, datuk seri mohd ali rustam *kebetulannya ramai perwakilan tu orang melaka* seronok jugak dgr dia beri ucapan. kelakar tp ada makna, ada maksud. at least org tak mengantuk dgr dia berucap...

Friday, July 9, 2010

saya.yang.amat.tidak.sihat.

Dah seminggu kot sy mcm ni...demam dan batuk. mslh utama adalah batuk yg masih lg teruk. cukup tak tahan bila waktu malam, asyik batuk jer. paham2 ajelah kalau dah batuk tak berhenti, mana boleh tido. berjaga je, cuma dpt lelapkan mata dlm 3 jam, itupun tak nyenyak mana sgt. sy sgt khuatir kalau batuk ni berpanjangan, esok sy nak kena banci. nak sambung keje, masih byk lg yg blom setle, baru buat 12 rumah dari 240 rumah. lusa plak nak kena gi mesy perwakilan umno. uish sy amat busy! tp sy juga amat tidak sihat....please...sy nak cepat sembuh supaya boleh buat semua keje ni dgn cepat.


Td gi jumpa doktor. encik doktor yg baik itu bg sy ubat turbuhaler utk batuk sy ni. sbb sy amat mudah infected dr sekeliling. actually kat office ni ada 2 org yg dah batuk2, so sy juga terkena. almaklum office ni kecik je, tak besar mana so senang nak berjangkit. sy tak boleh nak salahkan siapa pun. *mmg sy tak salahkan siapa2* cuma sy nka salahkan office ni yg kecik dan pengudaraan yg tak bagus. kesian kami semua ni yg dah sakit.
someone asyik sms sy, ntah mana dia dapat personal no sy. sy tak suka sbnrnya, tp sy tak reti nak elak. lantaklah, sy rs kalau sy tak layan tentu someone tu malas nak sms lg, bosan. kan sy pandai sgt buat org bosan dgn sy.

Friday, July 2, 2010

banci penduduk 2010

ini adalah salah satu keje giler sy kot...sy dan beberapa kwn2 jd pembanci penduduk dan perumahan 2010...hahahaha..if sesiapa nak ketawa silakan...kerana sy juga masih tak percaya yg sy nak buat keje ni...sy yg amatlah tidak peramah *tp sy baik hati..owh, puji diri sendiri* ini nak gi ketuk pintu rumah orang dan bertanya2 dan bermulut manis utk mendapatkan jawapan2 kepada soalan2 yg giler byk..ada berapa helai soalan kot...bykkkkkk...*ha!mmg byk..tak perlu sy tambahkan huruf k itu lagi kot*..korang tgk sendirilah nti kalau ada pembanci yg dtg ke rumah anda nti...btw, sila jgn marah2 pd pembanci itu yer...mereka hanya menjalankan tugas shj...bukan mereka yg buat soalan2 tu..kerajaan Malaysia yg soh....
masa we all taklimat tu, ada mcm2 soalan yg diajukan..almaklumlah semua yg nak jd pembanci tu tak pernah ada pengalaman jd pembanci..
"encik, camne kalau rumah tu ada anjing, nti anjing kejar camner?"....
"encik, kalau anak ketua rumah ada lebih dr 5, kena guna berapa helai dokumen 2?"
"encik, dokumen 5 ni kena tampal camner?"
aduh....byk soalan lah korang ni...bazir masa..apakata baca jer semua buku arahan, dokumen yg di bagi tu kat rumah...cepat sikit taklimat ni habis...*ini kata2 sy dlm hati yer...sbb sy dah penat...tahukan anda yg sy korbankan weekend sy tau demi benci penduduk ni*
sy dan kwn sy ni amat bagus dgn taklimat tu, amat cepat juga...almaklum..kami lebih bijaksana..bila penyelia soh we all semua buat latihan utk isi dokumen 2, kami berdua ni lah yg paling cepat siap...*wah! amat cepat dan pantas kot* ...sy juga rasa yg penyelia yg bnama en zul ni suka kat we all...kiranya happy/fun studentlah...manataknya...asal ada break time jer...we all asyik sembang je...ada aje yg nka diceritakan..berebut2 we all nak bercakap...*sy makin selesa dgn kwn sy ni.*..sy bersyukur sbb Allah kurniakan sy kwn2 yg amat baik hati...dari zaman sekolah rendah, menengah, zaman USM, keje kat oil&gas company dan keje kat it company nih...
oklah, sy akan sambung cerita pasal pengalaman sy membanci pulak di lain entry...we all akan mula banci on 6 july until 22 aug ...so mesti ada mcm2 ragam yg akan sy jumpa, mcm org yg sy kena interview..so semua pengalaman tu akan sy tulis next time ok...
kepada pembanci yg lain...happy working and stay smile...
kepada org ramai, please jgn hambat pembanci yer kalau mereka dtg ke rumah anda... :-)

bila boss pergi interview

sy amat stress bila boss sy pergi interview...dahtu dia gi interview kat tempat yg chances dia dapat adalah 80%...lg sy stress, geram dowh!!bila dia balik dengan senyuman jer...bertambah sy stress...dia tau tak yg sy juga gi interview ditempat yg sama....dan chances sy tak sampai pun 80% kot...sy amat stress..ulang lg sekali...sy amat stress. mengapalah boss sy perlu mintak sy resign dr sana at the first place dan ajak join sini...*maaf, sy tak boleh reveal, company SANA dan company SINI pd korang semua*...disbbkan dialah sy masuk sini..hanya disbbkan dia ok....then sekarang dia nak masuk sana pulak...if nak bezakan sy dgn dia, masing2 juga layak masuk sana semula...semula??actually we all berdua mmg asal dr sana...lebih2 lg sy, sy byk belajar di sana...sy membesar dan berilmu sbb sy berada disana...6 tahun kot sy disana...kami berdua mmg layak berada disana semula...boss sy tu amat bijaksana ok, so layaklah dia ke sana...sy ni takdelah bijaksana mana kot...tp org lain kata sy mmg layak juga...even kwn2 offshore sy semua soh sy masuk semula, diorg happy je kalau sy masuk semula...sejak sy resign dulu, diorg asyik soh masuk semula..so sy rs diorg ok je kalau nampak muka sy ni kat sana..*owh, sy perasan yg sy ramai kwn disana*...tp betullah..
skrg sy confused, risau dan kelam kabut. manalah tahu kalau boss sy ni terima offer sana. so sy mcmana?? dia yg ajak sy masuk sini, alih2 dia plak yg pergi ke sana..sy tak boleh halang dia...dia punya jalan dan hala tuju sendiri...walaupun dgn secara tak sengajanya, jalan sy dan dia asyik bertembung *atau mmg sengaja ditembungkan*...rezeki tuhan yg bagi, setiap hambaNya ada rezeki masing2...so sy perlu redha aje kot...

Wednesday, June 30, 2010

further study

sy tersedar...sungguh2 tersedar yg sy dah terlalu lambat dlm hidup..sgt2 lambat...sy mula rasa risau...dlm segala hal sy lambat...sy dah 29 tahun tp sy masih lg sr exec, sedangkan boss sy dah jadi manager masa umur dia 28 tahun. omg...!!sy sgt lembab...sy tak tahu kenapa sy lembab. sy ni bukanlah jenis org yg terlalu ambitious tp bila sy ketinggalan mcm ni, sy rasa sy hampeh plak..bukannya sy tak bersyukur dgn apa yg sy dah ada...cumanya sy inginkan sesuatu yg lagi baik..yg boleh sy banggakan..supaya sy tahu yg sy gunakan masa muda sy ni dgn baik dan bermanfaat utk sy dan keluarga. cita2 sy, kalau boleh sy nak tolong semua org dgn apa yg sy ada..utk menjadikan itu semua satu kenyataan, sy perlu siapkan diri sy sendiri. pastikan sy cukup bagus, cukup bagus utk tolong org. sy tahu yg kita manusia takkan mungkin jd sempurna, tp sy perlu berusaha untuk menjadi at least hampir bagus, hampir sempurna...insyaAllah..sy amat menginginkan utk sambung study. Dec ni sy nak apply utk futher study master kat uitm. harapnya jalan sy dirahmati Allah dan dipermudahkanNya..nanti bila dah ada master, harapnya career sy makin baik dan sy boleh gunakan apa yg sy ada utk kebaikan semua..

Monday, June 28, 2010

saya sudah jumpa diary saya

sy sudah jumpa diary sy semula...ingatkan hilang dah...bila mula2 ingat diary tu hilang, sy hati sy luluh, air mata terus nak mengalir deras...tp tak terkeluar, sbb terlampau shocked...tak dpt nak gambarkan rasa sy masa tu, sy mcm tak percaya, masih penuh dgn penafian.. giler apa!! kalau diary tu hilang, amat2 syg kot...sy dah start menulis sejak sy form 3 lagi tu..diary tu penuh dgn cerita2 sy..cerita sedih, gelak ketawa saya juga ada cerita kekecewaan sy dgn hidup ni. tujuan sy tulis diary tu dari awal adalah sbb sy nak selalu baca dimasa tua sy nti. nak kenangkan hidup yg mcm mana yg sy ada dimasa sy muda2. dah tua nti tentunya sy tak berapa igt kenangan lama. so kalau ada diary, at least sy boleh refresh memory sy. alhamdulillah, amat2 sy bersyukur sbb diary tu dah dijumpai semula. lega sgt2 rsnya. harta sy dah sy jumpa semula. maybe hanya org2 yg ada diary je paham maksud sy, perasaan sy ni..betapa sy syg diary sy tu. dah, habis cerita ttg diary tu...

bagi korang semua, apa yg paling korang syg dan boleh jadi kenang2an dimasa tua nti?...erm....gambar/album pun salah satu benda yg amat bagus utk disimpan elok2 sbg kenang2an. dah tentu mama dan ayah kita ada simpan gambar kita dizaman baby, masa kanak2, remaja kita...hari pertama kita lahir, dgn kepala yg botak dan mata yg masih tertutup rapat...party harijadi kita masa zaman kanak2 dulu, masih igt lagi betapa penuhnya meja makan time party tu? ada sumi (jelly), ada choc yg berbentuk duit syilling, ada mihun goreng, ayam goreng, air ribena..ingat x?...gambar kita dan adik beradik lengkap berpakaian sekolah, abg mungkin pakai baju sekolah menengah, kakak mungkin dgn baju pengawas, kita dengan rambut ikat dua...hahahaha...sy masih ingat, sampai ke darjah 6 sy masih berfesyen ikat 2..mungkin mama fikir sy comey begitu. korang masih simpan gambar kelas?alaaaa..yg diambil beramai2 dgn kwn2 satu kelas dulu2..tiap2 tahun kita ada amik gambar kelas...cuba korang selongkar album, cari gambar tu semula..masih boleh kenal diri sendiri? masih boleh kenal kwn2 sekelas korang? siapalah budak comot yg berdiri paling atas sekali tu yer? siapalah budak skema yg berkacamata tu ye? emm...sapelah nama cikgu yg pakai baju kurung bunga2 besar tu? korang tentu akan terimbas semua cerita zaman sekolah hanya dgn tgk gambar2 tu semua..percayalah ckp sy, ia menyeronokkan..amat menyeronokkan...

Wednesday, June 23, 2010

rumah masa depan

Sabtu lepas, sy menziarahi kubur ayah di kota damansara dgn mama dan adik. Tenang sgt rasanya dapat ziarah kubur ayah, sedekahkan AlFatihah, surah Qul utk ayah. Sy sgt suka ziarah kubur, tak kisah kubur kat mana2 pun. Tempatnya tenang, aman dan sunyi. Bukankah kubur tu rumah masa depan kita semua?...Elok kita tgk kubur2 orang lain, saudara kita sementara mata kita masih mampu melihat. Sebabnya nanti, kita takkan dapat lihat kubur kita sendiri dengan mata kita yg ni.

Nanti bila sy dah pandai drive *kelemahan sy yg paling memalukan, terasa amat bodoh juga* sy akan pastikan sy ziarah kubur ayah 1kali 2minggu. Sejuk mata tgk putihnya batu nisan, hijaunya tanaman kat kawasan kubur tu..Semuanya menenangkan *nak je sy lepak situ sambil baca buku, erk...mcm tak baik je,lainlah kalau baca Quran*

*entry sy selalunya pendek je, maaflah sbb sy tak pandai menulis sesuatu yg menyeronokkan utk dibaca*