Friday, March 9, 2012

soal.jawab.2.

Soal Jawab Remeh temeh tentang SOLAT 2

Oleh : Rohidzir Rais

Kali ini saya kongsikan tentang tajuk Menutup Aurat. Semoga catatan ini dapat memberi sedikit pengetahuan…

Soalan 155 : Alasan tertingal atau tiada telekung untuk solat.

Jawapan : Perempuan bersolat tidak semestinya memakai telekung. Jika tiada telekung, boleh memakai apa sahaja pakaian yang menutup aurat iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan dua tangan.

Soalan 157 : Bapa saya pernah menegur kerana bersolat dengan memakai seluar jeans ketat. Adakah orang yang memakai seluar jeans tidak sah solatnya sedangkan ia juga menutup aurat?

Jawapan : Memakai pakaian yang ketat ketika bersolat sehingga menampakkan bentuk badan adalah makruh tetapi sah solatnya. Jeans tidak sesuai kerana menonjolkan bahagian tubuh dan menyukarkan pergerakan.

Soalan 161 : Saya sering melihat ayah dan adik solat dengan hanya memakai kain pelekat tanpa baju. Sahkah solat mereka? Bagaimana aurat lelaki ketika bersolat?

Jawapan : Aurat lelaki ketika solat ialah pusat dan lutut dan kawasan diantara keduanya. Jadi solat dengan memakai kain atau seluar yang menutup kawasan ini tanpa baju adalah sah.

Tetapi itu adalah had minimum, jika kita mempunyai pakaian yang baik dan cantik, mengapa tidak memakainya.

Soalan 74: Apakah hokum bersolat dengan menggunakan pakaian atau telekung orang lain tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu?

Jawapan : Solat tersebut sah selagi ia memenuhi syaratnya. Tetapi perbuatan menggunakan pakaian orang lain tanpa kebenaran adalah haram.

Credit kepada: Soal Jawab Remeh temeh tentang SOLAT, oleh Rohidzir Rais

No comments:

Post a Comment