Soal Jawab Remeh temeh tentang SOLAT 2
Oleh : Rohidzir Rais
Buku ini memberi jawapan dan penjelasan yang baik kepada banyak soalan yang dianggap remeh temeh oleh kita semua. Banyak soalan ygan ingin ditanyakan tapi segan untuk diluahkan. Takut nanti orang lain akan fikir yang kita ini terlalu kurang arif bab-bab agama. Malu adalah alasan yang tepat…kadangkala kita lebih rela sesat jalan daripada bertanya..makanya buku ini banyak beri saya jawapan kepada soalan-soalan yang sering bermain difikiran.
Saya akan kongsikan beberapa soalan yang pernah bermain difikiran saya selama ini. Kali ini saya kongsikan tentang tajuk Wuduk. Semoga catatan ini dapat memberi sedikit pengetahuan…
Soalan 51: Benarkah jika kita bercakap-cakap ketika mengambil wuduk menyebabkan wuduk tidak sah?
Jawapan : Hukum bercakap-cakap ketika berwuduk adalah makruh namun wuduk adalah sah sekiranya lengkap rukun-rukunnya.
Apa itu rukun wuduk?
6 rukun wuduk ialah
1) niat dalam hati
2) basuh muka
3)basuh tangan hingga siku
4)basuh sebahagian kepala
5) basuh kaki
6) tertib
Soalan 55 : Adakah perlu ulangi basuhan sebanyak 3 kali?
Jawapan : Tidak perlu, kerana yang wajib hanyalah basuhan yang pertama. Tetapi sunat mengulanginya sehingga 3 kali mengikut perbuatan Rasulullah SAW selain untuk memastikan anggota tersebut dibasuh dengan sempurna.
Soalan 63 : Perlukah saya menlonggarkan jam tangan saya ketika berwuduk?
Jawapan : Syarat membasuh tangan hingga ke siku dalam wuduk ialah air hendaklah kena pada seluruh kulit tangan. Oleh itu, sebarang benda yang menghalang sampainya air ke kulit hendaklah ditanggalkan atau dilonggarkan contohnya jam, cincin dan gelang yang dipakai ketat.
Soalan 74: Saya pernah melihat seorang wanita ajnabi menyentuh mayat lelaki yang telah diwudukkan. Adakah mayat ini perlu diwudukkan semula?
Jawapan : Mayat tersebut tidak batal wuduknya tetapi wanita tersebut yang menyentuh mayat tersebut terbatal wuduknya.
Soalan 76 : Batalkah wuduk jika saya terpegang papan punggung sendiri?
Jawapan : Memegang papan punggung sendiri atau orang lain tidak membatalkan wuduk. Tetapi sekiranya memegang bahagian dubur tempat keluar najis, batal wuduknya.
Soalan 71 : Saya mempunyai masalah buasir yang serius. Sekiranya buasir saya terkeluar dari dubur, adakah batak wuduk saya?
Jawapan : Sekiranya buasir atau isi dubur terkeluar daru lubang punggung batal wuduk kerana keluar sesuatu daripada kemaluan. Tetapi sekiranya masalah buasir terlalu serius sehingga isinya sentiasa terkeluar, dia hendaklah berwuduk setiap kali hendak solat.
Soalan 68 : Ketika sedang solat, tiba-tiba saya terfikir samada saya telah berwuduk atau belum. Adakah saya perlu meneruskan solat atau berwuduk terlebih dahulu?
Jawapan : Wajib anda berwuduk, kerana keadaan asalnya anda tidak berwuduk. Jika solat diteruskan juga, ia tidak sah kerana syarat sah solat ialah suci daripada hadas.
Credit kepada: Soal Jawab Remeh temeh tentang SOLAT, oleh Rohidzir Rais
No comments:
Post a Comment