Thursday, March 1, 2012

apa.cerita?

Lama sungguh tak menulis kat blog, tapi saya dah mula menulis di diari. Saya nak mulakan menulis diari semua cerita. Ada sesetengah perkara tak dapat nak tulis di blog, kerana ianya lebih peribadi. Maka saya asingkan cerita peribadi di diari dan cerita yg boleh dikongsi di sumting2share. Walaupun lama tak menulis di blog, saya masih kerap membaca blog-blog kegemaran, dah jadi habit. Macam-macam berlaku dalam hidup saya. My bestest boss dah resign, diganti dengan 2 boss baru, seorang Sr Manager dan seorang lagi VP. Saya masih belum selesa dengan mereka, belum boleh terima. Memang saya agak sukar untuk suka orang, perlukan masa untuk rasa selesa dan rasa menerima. Takpelah, saya bagi diri sendiri masa.

Selain hal kerja yang membosankan, minggu lepas saya ikuti kursus pengurusan jenazah. Tiba-tiba hati terasa nak belajar lebih lanjut, makanya pada pagi sabtu 25 Jan 2012 itu yg selalunya saya isi dengan aktiviti pergi pasar tani dan sarapan char kuey teow, saya menuju ke surau untuk menghadiri kursus tersebut. Bukan berseorangan, dengan mama dan kak Nor. Rasa tenteram, menginsafkan dan menjadikan saya lebih mengingati mati. Kebelakangan ini memang saya kerap mengingati mati, menjadikan saya terus ambil peluang untuk hadirkan diri ke kursus tersebut bila saya nampak memo di notice board. Harapnya saya mendapat iktibar dan ilmu itu melekat dalam kepala, terus diingati.

Belikan mama handphone baru, Samsung Corby. Mama cuma pakai 3 hari je, dah give up. Tak pandai nak guna touch screen katanya. Akhirnya mama jual kat kak Nor dan mama mintak belikan dia kain langsir baru je...nak menjahit katanya. Oklah mama, Sabtu ni kita pergi Nagoya cari kain langsir ye.

No comments:

Post a Comment