Thursday, December 15, 2011

maafkan.mama.

maafkan mama.. kalau mama sering terlupa dengan segala pesanan kamu.
~ kerapkali ingatan mama membataskan segalanya.

maafkan mama.. kalau mama selalu ketinggalan agak jauh dibelakang semasa kita jalan bersama
~ mama susah tak bertenaga untuk mengejar langkah-langkah kamu yg laju

maafkan mama..kalau mama lambat dalam pergerakan
~ ini kerana di usia ini, pergerakan terbatas, perlu sentiasa berhati-hati

maafkan mama..kalau mama tak dapat nak habiskan makanan yang dah dipesan sedangkan tadi mama mengadu yg mama lapar
~ ini kerana selera mama tak selalu ada, mama juga lambat menghadam makanan maka mama kerap membazirkannya.

maafkan mama..sering bercakap perkara yg langsung tak menarik minat kamu
~ ini kerana mama sudah tidak pandai bercerita untuk menghiburkan kamu seperti dulu

maafkan mama..kerana kerapkali tidak sihat
~ ini kerana usia mama yg telah lanjut, tenaga mama bagaikan perlahan-lahan hilang

maafkan mama..sekarang mama sudah tak selalu sediakan masakan yg sedap-sedap seperti dulu
~ kerana mama sudah penat dan lelah untuk sediakan juadah istimewa

maafkan mama..kerana sekarang mama lebih suka minta kamu bawa mama bersiar-siar
~ ini kerana mama bosan, selalu sendirian di rumah ketika kamu keluar berkerja

maafkan mama..kerana kerap ingin perhatian dari kamu
~ ini kerana mama sudah tua dan amat rindukan perhatian dari anaknya.

No comments:

Post a Comment