Thursday, December 8, 2011

happened




Macam2 perkara berlaku pada diri sendiri, yg berlaku disekeliling saya. Pengalaman kan mengajar erti kedewasaan dalam hidup.

1. Accident atau incident?
Seumur hidup sejak pandai driving ni, saya tak pernah langgar kucing, inikan pula langgar orang. Tapi dah takdir, 27hb Nov 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H saya kemalangan. Saya macam biasa akan drive momo (myvi hitam yg tercinta) dengan begitu berhati-hati dan sopan-santun. Tidak boleh dinafikan saya memang pemandu berhemah a.k.a sangat berhati-hati. Tapi malam tu lebih kurang 8.45 semasa balik dari Kelana Jaya selepas beli makanan malam, saya accident. Semasa lalu depan blok G ada seorang budak lelaki berumur 11 tahun yg tiba-tiba melanggar momo di bahagian kanan. Diulang sekali lagi, dia yg langgar saya, bukan saya yg langgar dia. Budak tu tiba2 muncul dari celah2 kereta dan terus meluru langgar momo, nasib baik momo ok, tiada kecederaan. Tapi yg malangnya budak tu yg patah kaki. Sebenarnya budak tu sedang bermain kejar2 dengan beberapa rakannya di waktu malam hujan renyai2. Kawan mengejar dan dia berlari. Woii budak!! kenapalah dah malam2, waktu hujan ko nak main kat luar? Kenapa tak duduk tengok tv aje kat rumah? Mak ayah korang mana, tak heran ke anak takde kat rumah waktu2 camni?

Disebabkan incident ini, saya terpaksa menunggu 3 jam di Hospital Sg Buloh. Kalau orang lain, saya tak rasa dia sanggup nak tunggu berjam2 tu. Tapi saya agak baik..saya ajak adik dan adik sepupu saya temankan kat hospital, sampai bawak balik budak tu. Mula2 ayahnya tak nak report polis sebab kesalahan anak sendiri. Tapi ntah macamana rupa2nya dia buat report. Walaupun dah lambat saya tetap buat report dan akibatnya saya kena tggu 4 jam sebab sarjan tu sangat sibuk. Rasa nak pengsan menunggu 4 jam, tapi gagahkan jugak. Kesian mama terpaksa temankan. Saya sangat hargai jasa mama itu!

Incident ni buat saya rasa sangat stress, takut. Stress sebab saya rasa bersalah pulak, walaupun saya tak salah, sebagai orang yang hatinya tak terlalu keras, saya kesian kat budak tu. Mula2 berurusan dengan polis saya sedikit takut, tapi bila sarjan tu layan baik, saya dah semakin yakin dan ramah. Kes saya ni belum tamat dengan laporan polis, akan berlanjutan dengan tuntutan insurans. Buat masa ni saya cuma tunggu kalau2 ada update tentang kes ni.

2. Boss resign
Dia baru balik dari menunaikan haji dan telah mengambil keputusan untuk letak jawatan dan menguruskan perniagaannya sendiri. Memang saya bengang kerana dia ambil keputusan secara tiba2. Tapi saya tetap hormati keputusan itu. Saya cuma berharap saya akan ok dengan boss baru nanti. Susah nak dapatkan keserasian antara boss dan anak buah, so harapnya keadaan akan sentiasa baik buat kami semua yg tertinggal ni. Selain daripada buat keputusan untuk letak jawatan, boss saya juga berazam untuk berhenti merokok, yg ni saya suka. Saya amat sokong mereka2 yang nak quit smoking. Syabas boss!


Ada few things yg berlaku dalam 2 minggu ni, tapi yg tu malas saya nak cerita. Tak terlalu mengganggu rutin saya pun. Jadi saya kongsikan cerita yg amat mengganggu sahaja.

No comments:

Post a Comment