Saya tahu mama bosan duduk rumah aje. Saya tahu mama sedikit sunyi sebab ayah dah takde disini. Kalau dulu masa ayah ada, setiap petang ayah bawa mama jalan-jalan. Minum teh kat mamak, ronda-ronda Kelana Jaya dengan kancil warna silver tu. Ayah ada dengan mama kat rumah sepanjang masa. Sekarang dah 4 tahun ayah pergi, mama dah dapat sesuaikan diri dengan kesunyian.
Setiap kali ada masa lapang, especially weekend saya akan bawa mama jalan-jalan. Sebab saya tahu mama bosan duduk rumah selama saya pergi kerja dan adik ke kuliah. Masa saya bawa mama bercuti ke Melaka 2 bulan lepas, saya nampak mama sangat suka, happy. Padahal setakat holiday kat Melaka je pun...apalah sangat. Disebabkan mama happy, saya niat nak ajak mama ke Kota Kinabalu pulak. tapi tak boleh beritahu dulu....surprise!!...
Alhamdulillah, disini mama ramai kawan. Jiran-jiran ramai, menghilangkan kesunyian. Sedikit sebanyak. Mama juga ada aktiviti dengan kawan2nya. Yassin setiap minggu, ceramah agama di surau, selain aktiviti shopping dengan saya setiap weekend. Saya dah suruh mama belajar facebooking, belajar guna komputer...tapi mama tak nak..emm...kalau mama online, tentu tak bosan duduk rumah tau..
Tadi saya bawa mama shopping kat Myadin USJ. Tak beli apa sangat pun, setakat barang dapur dan vitamin utk mama. Tak kisah walau tak beli apa, asalkan keluar dari rumah dan jalan-jalan. Itu katanya. Esok pagi akan keluar lagi untuk cari baju kurung sebab Ahad ni ada kenduri kat Puchong. Lepas cari baju kurung, nak ke rumah Acik Nah, tolong-tolong apa yg patut sebelum kenduri Ahad tu. owh..malam esok mama ada aktiviti Yassin dengan kawan-kawannya.....apapun, semoga mama akan sentiasa sihat dan ceria!!
No comments:
Post a Comment