Monday, April 25, 2011

aina's.birthday.

Kelmarin saya habiskan masa dengan kawan baik yg dtg dari Manjung, Perak. Saya harus berterima kasih kerana disebabkan meeting, dapatlah saya berjumpa dgn kawan saya ni. Sejak sekuliah di USM lagi kami sudah berkawan baik....(mula-mula kenal dulu tak rapat sgt pun, selalu jugak selisih faham...ada je yg kami nak gaduhkan, cemburukan antara satu sama lain) Dia sudah agak jarang turun ke KL, saya pulak memang tak pernah datang ke rumahnya kecuali sekali tu sahaja. Itupun lama dah, zaman jahiliah dulu, semasa sama-sama belajar kat USM. Saya sedar yg saya kurang mengukuhkan silaturrahim dengan cara datang ke rumahnya. Tapi saya harap dia tahu yg saya selalu ingatkan dia. (sungguh Aina, saya selalu ingat pada kamu)

Aina rancang nak tengok wayang dan makan-makan kat Pavillion. Lebih kurang pukul 12.30 tgahri, kami sampai kat Pavillion, kami terus window shopping. Mula-mula mmg window shopping tapi akhirnya saya terbeli kasut (kasut murah2 je, saya masih mampu menahan nafsu shopping). Aina tak beli apapun...jadi dia telah berjaya mengalahkan saya. So dia menang 1 mata disitu!


Lepas jalan2 kami ke foodcourt tingkat bawah, ingatkan nak makan kat Tony Roma's...nak makan mewah sikit sempena birthday kawan saya ni. Tapi sgt kecewa sbb tengok menu Tony Roma's yg sgt tidak menyelerakan. (orang lain mungkin suka je dgn menu tu, cuma ianya tak kena dengan tekak kami berdua..adakah mungkin mahal sgt? tapi rasanya, gambar makanan dlm menu tu tak memberangsangkan) So tukar plan, kami ke TGI Friday , seronok sebab selera je tgk list menu tu.



Tak susah we all nak decide nak makan apa. Sementara nak tunggu makanan sampai, we all sambung sembang, merepek dan merapu. Ini aktiviti biasa, memang turun temurun we all camni. Kalau dibiarkan, boleh sembang berjam-jam tanpa henti. Ini belum ada Meng dan Mas lagi. Kalau geng cukup korum, makin happening dan bertambah pening.





BBQ chicken salad dengan fajitas apa ntah sudah terhidang depan mata. Apa lagi?.....itadakimas!!.....nyumm...nyumm..Dessert kami ditaja sepenuhnya oleh TGI fridays sempena birthday Aina. Package lengkap dengan birthday song sekali...hehehehe...riuh rendah restoran.


Selepas makan, perut pun dah kenyang, we all teruskan aktiviti bersama dengan menonton wayang. We all tengok movie "Gantz" (next entry baru saya review filem Jepun ni ok!). Not bad lah movie ni..ok..dahtu yg jadi hero ialah Nino- Arashi (sebab si Nino nilah Aina beria-ia nak tengok, walaupun sebenarnya dia dah tengok pun)


Sebelum tengok wayang, we all makan, so selepas tengok wayang kenalah makan lagi. Barulah lengkap kitaran aktiviti we all. Kali ni makan kat foodcourt je (takkanlah nak makan mahal2 lagi kan). Kali ni we all cuba makanan Korea pulak. Ntah apa namanya ntah, saya makan je. Nasi putih, satu gulai/kuah (bukan nama sebenar..Korean food mana pulak panggil gulai kan) yg ada sayur, telur dan daging dalamnya. Dihidangkan bersama ikan bilis goreng dan sayur jeruk ala-ala kimchi. Whateve lah , janji halal..kita makan je. Lagipun, bila orang belanja ni, semua benda pun rasa sedap!!



Basically, itulah aktiviti saya dengan kawan baik saya, Aina. Lepas ni, if Aina datang lagi (ya! pasti dia datang lagi kerana saya amat mengalu2kannya), we all nak lepak kat One Utama pulak dan makan besar kat Chilli's. Cepat datang ye Aina....!!

No comments:

Post a Comment