Tuesday, May 24, 2011

mistik.alam.hitam.

Bermula dengan dengki, sakit hati dan benci manusia boleh bertindak diluar norma. Bertindak membelakangi agama dan langsung tak mengendahkan maksud "setiap orang Islam adalah bersaudara". Kita manusia tak cukup puas dengan menumbuk, pukul, maki hamun, sumpah seranah...untuk memuaskan hati, kita manusia sanggup bersahabat dengan penghuni-penghuni alam mistik. Ya...mereka juga makhluk Allah tapi bukan ke mereka dah bersumpah nak manghancurkan dan menyesatkan manusia. Saya rasa manusia yg bersahabat dengan syaitan ni dah terlupa agaknya. Lupakan agama, lupakan mati, lupakan padang masyar, lupakan dosa pahala, lupakan Allah.

Sanggup menyihir, mengganggu dan menganiaya. Puas hati melihat saudaranya membusung perutnya, gembira melihat saudaranya kurus kering tak lalu makan, ketawa melihat saudaranya menangis ketakutan, seronok melihat saudaranya tak boleh tidur malam akibat ketakutan. Takut bila lelap mata akan ternampak imej-imej yg ngeri, imej-imej yg tak boleh dilihat orang lain.

Kerap kali kebelakangan ini, Ustaz-ustaz dan pengamal ilmu perubatan Islam tak senang duduk sebab banyak sangat kes yg perlu ditangani. Ini menunjukkan betapa ramainya manusia yg dah lupakan tuhan.

Bayangkan betapa sedihnya bila ada ahli keluarga yg terkena buatan orang. Meronta-ronta, menangis, tak lalu makan...sangat menyedihkan tau...kalau ikutkan hati mahu je "pulangkan dan kenakan" semula pada yg menghantar. Biar dia rasa segala kesakitan, kesusahan ahli keluarga kita. Tapi tak boleh sebab tindakan itu akan menjadikan kita sama dengan (=) manusia tak sedar diri itu. Menjatuhkan keimanan kita ketahap manusia tak sedar diri itu.

Kita cuma boleh berdoa semoga kita semua akan dilindungi-Nya. Terpelihara dari melakukan perkara yg boleh menyakiti orang lain dan juga terpelihara dari perbuatan jahat manusia yg tak sedar diri. Selain itu perlu sangat berhati-hati dalam percakapan, tingkah laku dan perbuatan kita. Kadang-kadang manusia tak sedar diri boleh je dengkikan kita walaupun kita tak buat salah apa pun.

No comments:

Post a Comment