Saturday, May 28, 2011

jemput.datang.ke.pasar.tani.kelana.jaya.

Setiap bulan, 2 kali akan berkunjung ke Pasar Tani Kelana Jaya. Pertamanya sebab sangat suka dengan laksa yg ada dijual disitu. Bayangkan sarapan pagi dengan laksa yg sgt sedap bersama segelas air teh ais. Indah....sempurna. Mama pula suka soto dan teh panas. Disebabkan itu, setiap kali ke Pasar Tani Kelana Jaya, itulah juadah yg kerap dipilih.

Pasar Tani Kelana Jaya terletak berdekatan dengan Klinik Kesihatan Kelana Jaya, juga berdekatan dengan Tabung Haji...emm tak susahlah nak carik lokasi Pasar Tani Kelana Jaya. Pasar tani ni taklah sebesar dan segah Pasar Tani Shah Alam yg terletak berdekatan Stadium Shah Alam tu. Pasar tani yg itu sangatlah besar, luas dan dah macam pasar saya...Pasar Tani Kelana Jaya ni comel je..mungkin dikhaskan untuk warga Kelana Jaya sahaja. Tak mengapa walau kecil, asalkan semua barangnya fresh, menarik, sedap dengan harga berpatutan.

limau kasturi...ramai yg keliru antara limau kasturi dan limau nipis. Diperkenalkan...ini ialah limau kasturi.
kacang buncis
tomato....dimakan mentah pun sedap.
cili merah
brocolli...ada orang kata ini sayur orang kaya...sebab selalunya kalau makan kat hotel, restoran mewah, barulah dpt sayur ni..kalau western food pun selalu ada sayur ni..
terung bulat
peria..kena pandai masak sayur ni, kalau tak rasa pahitnya tu tetap akan ada walaupun selepas dimasak.
Capsicum ataupun nama kampungnya, lada benggala. Lada yg langsung tak pedas.

Walaupun saya ni memang dah terkenal dikalangan ahli keluarga dan jiran2 dengan perangai yg tak tahu masak, malas nak masuk dapur untuk memasak (sy rajin basuh pinggan dan buat kerja2 lain shj), tapi sy suka pergi ke pasar tani dan beli-belah barangan dapur. Atleast walaupun sy tak masak, sy tahu juga jenis2 sayur. Taklah nanti orang mintak terung, kita berikan timun.

No comments:

Post a Comment