Hari ni adalah hari yg paling ditunggu-tunggu sebab saya akan ke Pulau Manukan. Angan-angan nak ke Manukan ni memang dah lama dalam kepala. Selepas bersarapan dengan bersungguhnya, kami terus berjalan kaki dari Hotel Gaya Centre ke Jeti Jesselton. Tak jauh mana pun, dekat je..lebih kurang 10 minit jalan kaki. Lagipun bila lagi nak jalan-jalan kat KK, kalau tempat yg dekat naik taxi, macam tak advanterous je kan.
Hotel kami kiranya dekat jugak dekat Jeti Jesselton. Kalau Hotel Promenade agak jauh juga. Kalau dari Hotel Hyatt Regency dan Le Meridien pun kira ok lagi. Sampai je kat Jeti Jesselton terus cari kaunter beli tiket bas....oppss...tiket bot. Rupa-rupanya ada banyak kaunter tiket, macam kaunter kat Puduraya. So pilih je yg mana korang suka. Harga tiket semuanya lebih kurang sama je, kami pilih untuk pergi ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. 2 pulau = RM27.
Pulau-pulau dalam Tun Abdul Rahman Park ni tak perlu nak diperkenalkan, dah memang sah sgt cantik dan bersih. Sangat-sangat perlu dilawati sekiranya ke KK. Pantai yg bersih, pasir yg halus, udara yg nyaman, air yg bersih, pemandangan laut yg menarik. Ramai pelancong yg ada kat Mamutik dan Manukan untuk menghayati keindahan ciptaan Tuhan. Sangat suka sebab angan-angan saya untuk ke Pulau Manukan dah tercapai.
Harini memang kami peruntukkan untuk Manukan dan Mamutik. Petang baru balik ke hotel. Hari yg menyeronokkan...sangat memuaskan.
Malamnya kami makan seafood kat pasar malam yg berdekatan dengan Pasar Kraftangan. Jangan lupa singgah pasar ini untuk lebih mengenali orang KK. Mengenali makanannya, hasil jualan dan keramahan mereka.
No comments:
Post a Comment