Ini cerita tentang percutian saya dan seorang rakan di Kota Kinabalu. Percutian ini tidak mewah tapi kaya dengan kekaguman dan gelak ketawa.
kejadian bertarikh : 4 march 2011
Tepat 4 pagi dah bangun dan terus siap sedia untuk fly ke Kota Kinabalu. Dengan perasaan penuh excited, walaupun mandi tanpa air panas di pukul 4 pagi, terasa ok je. Tak rasa sejuk langsung sebab jantung dah berdegup kencang dan mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Bukan hanya darah yg dipam ye..tetapi bersama-sama rasa excited nak ke Kota Kinabalu.
~ terima kasih Air Asia- Now Everyone Can Fly!~
Kak Mas jemput di Kelana Jaya dan kami terus ke Terminal LCC. Dalam perjalanan tiba-tiba terfikir yg rupa-rupanya dah lama tak pergi holiday yg jauh-jauh dan naik kapal terbang. Saya amat suka perasaan masa fly off dan touch down. Rasa tu amat menyeronokkan, tak selalu dapat rasa macamtu * rasa naik myvi tu kan biasa-biasa je* Saya mmg jakun sikit dgn kapal terbang ni. Rasa seronok travel naik kapal terbang tu lain macam sikit *mungkin sebab saya kempunan nak capai cita-cita jadi stewardess kot...cita-cita itu tak kesampaian sebab saya tak menjadi anak gadis yg cantik mahupun comel bila dah besar ni....isk...iskk...*
Flight Air Asia Now Everyone Can Fly depart pukul 6:50 pagi *tambah pada senarai kesyukuran sebab dapat tambang murah ye, RM138 return ticket Kuala Lumpur - Kota Kinabalu.Walaupun perut dah terasa lapar sebab pagi ni tetiba je semua cacing peliharaan kena bangun awal kan, masih sanggup tersenyum gembira sebab lapar tu lama-kelamaan makin tak terasa, sibuk sembang aktiviti yg bakal dilakukan secara ekstrem bila dah jejak Kota Kinabalu nanti.
Touch down kat Terminal 2, Kota Kinabalu. Kami terus dapatkan kupon teksi dan terus ke Gaya Centre Hotel. Hotel ini sungguh-sungguh bagus. Walaupun kami sampai awal, staff front desk tetap benarkan kami untuk check in awal. Meraka sangatlah baik dan membantu. Actually saya terlupa untuk book bilik yg menghadap ke laut, tapi mereka sediakan kami bilik dengan pemandangan mengadap laut..Laut China Selatan kan...dari bilik dah boleh nampak pulau-pulau yg cantik itu. Nampak air yg membiru dan menghijau. Bayangkan bangun tido boleh terus tengok view yg superb, menghadap Kg Bajau Laut yg rumah-rumah mereka dibina atas air.
Credit picture for : bujanggasabah.blogspot.com
Saya amat galakkan anda untuk stay kat Gaya Centre Hotel jikalau anda ke Kota Kinabalu. Lokasi yg cukup strategik dan hospitality yg 5 bintang!*anda google sendirilah ye ttg hotel ni* Saya dapat bilik kat level 12 no bilik 1206, sangat suka sebab dapat tengok kawasan Kota Kinabalu dari mata burung.
~ pemandangan dari bilik hotel yg mengadap Laut China Selatan~
Bilik yg cantik, sangat bersih dan kemas malahan saya sukakan semuanya tentang hotel ni. *paling suka sebab walaupun bukan 5 star hotel, mereka ada staff yg akan bukakan pintu hotel untuk kita..barulah rasa mcm sgt dihargai* Selain itu ada free internet kat lobby, parking lot yg betul-betul depan pintu hotel. Kami senang je nak access ke few tourist spot kat Kota Kinabalu ni dari Gaya Centre Hotel. Dekat dengan Pasar Ikan Masin, Pasar Filipina/ Pasar Kraftangan, Pasar Kota Kinabalu, Plaza Warisan , Plaza Merdeka, Waterfront, Jeti Jesselton dan Suria Sabah. Jangan tak percaya, kami berjalan kaki je untuk ke semua tempat tu!
~jalan-jalan depan Haytt Regency Hotel ~
Selepas berehat seketika *sebenarnya lama jugak* kami terus jalan-jalan. Mula-mula kami isi perut, makan kat satu kedai. Makan nasi campur je, yg bestnya dapat sup. Rupa-rupanya kat Kota Kinabalu ni, makan apapun mesti diberi sup. Nasi campur dengan sup, mee goreng dengan sup, nasi goreng pun dengan sup. Ini sup special juga ye...bukan sup bodoh yg setakat rebus air dengan daun bawang je tu. So dah tau satu perkara baru tentang cara makan orang Kota Kinabalu.
~kuih-muih popular di KK, paling popular adalah kuih cincin~
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati *pandai orang dulu-dulu buat kiasan*Perut dah kenyang makanya kami dengan gembiranya berjalan lagi ke sederetan pasar-pasar yg ada di pesisir laut itu. Dari Pasar Ikan Masin ke Pasar Kota Kinabalu. Tapi paling lama berada kat Pasar Kraftangan atau juga dipanggil Pasar Filipina.
Kami beli udang kering yg fresh, sotong kering, ikan masin dan ikan bilis kat Pasar Ikan Masin. Kami makan buah, tengok-tengok hasil tanaman yg nampak segar dan besar kat Pasar Kota Kinabalu.
~ nelayan yg sibuk bekerja, belakang Pasar Filipina~
Sebenarnya semua pasar ni dekat je, sederet so senang lah. Singgah kat Pasar Kraftangan dan habiskan masa paling lama kat situ sebab Kak Mas terjatuh cinta dengan semua mutiara, kristal, barangan kraft kat situ *saya tak berapa tertawan sgt* Ada banyak mutiara, kristal yg dijadikan perhiasan, gelang, rantai, cincin, butang baju melayu dan macam-macam lagilah. Kaum hawa memang wajib ke sini, pasti terpegun..wow...whoah...fuiyoo...uii....
~mutiara air masin, air tawar~
Dari tengahari sampai ke petang kami merayau-rayau kat sekitar bandar Kota Kinabalu. Disebabkan kat sana pukul 6.30 ptg pun dah gelap maka pengembaraan waktu siang berakhir pada pukul 6.30. Akan bersambung selepas maghrib ye untuk pengalaman waktu malam di Kota Kinabalu....*makanya saya sambung pada part two nantilah*
No comments:
Post a Comment