Sunday, April 8, 2012

suka.hati.


Bila dalam hati penuh dengan rasa suka, semua perkara akan menggembirakan. Rasa nak senyum aje. Hati ini pelik, apa yg dia rasa mampu mengawal semua benda. Walhal, hati bukanlah besar mana pun, letaknya di dalam, tak mampu dilihat pun. Sekiranya hati gembira, perut tak rasa lapar, mata sukar untuk mengantuk, bibir asyik mahu ukirkan senyuman dan selalu juga fikiran tak mampu nak focus. nak menulis pun dah tak reti, walaupun banyak yang nak dikongsi disini.

Tuhan...tolong lembutkan hati dia...

Friday, April 6, 2012

bersama.lagi.

Saya dah tak sabar menunggu tarikh 20April ini. Kali ini saya nak berkumpul dengan Aina dan Meng. Saya dah bayangkan yang saya dah dalam tren ETS menuju ke Ipoh. Dah lama tidak berkumpul bertiga dengan rakan-rakan sehati sejiwa saya. Selalunya hanya jumpa Aina sahaja kerana dia kerap datang KL. Hanya itu sahaja masa saya gembira seperti zaman kuliah dulu. Setiap kali bersama dengan Aina saya akan rasa macam tengah tengok tv di Desa Harapan, jongging tepi tasik, makan lewat malam 'tepi longkang', merayap kat Bukit Jambul Mall, dalam kuliah marketing ataupun studio sibuk merakamkan sesi DJ.

Rasa yang sangat berbeza. Zaman kuliah memang sangat-sangat seronok. Takkan boleh dapat saya ulang semula masa itu. Keseronokan yg berbeza. Kesedihan yang menyiksa. Kepenatan yang teramat dan kepuasan yang tak terhingga. Semua ada, semua dapat dirasa di zaman kuliah. USM beri saya makna persahabatan, beri saya ilmu dunia, ilmu akhirat, mengajar cara bersosial, cara survival mental dan fizikal. Alam universiti memang banyak mengajar cara hidup.

Cukuplah segala pembuka kata, sebenarnya maksud yang nak disampaikan cuma. Saya rindu dengan kawan-kawan baik saya ni. Saya tak sabar nak jumpa mereka dan bercuti sama-sama. Itu je.

Wednesday, April 4, 2012

pilihan.perlu.dibuat.


Dalam hidup, manusia perlu banyak kali memilih. In fact, semua perkara adalah satu pertimbangan hidup. Memilih antara baik dan buruk. Bangun pagi dengan senyuman dan rasa syukur atau bangun dengan rasa benci dan malas pergi office. Memilih antara hidup mengikut kehendak ibubapa atau hidup dengan kehendak dan keinginan sendiri. Memilih untuk memaafkan atau berdendam. Adik-adik pergi sekolah dengan niat untuk lulus periksa akhir tahun atau bertujuan menimba ilmu untuk bekalan hidup. Yang paling penting, kita semua perlu memilih antara mengejar dunia atau mengejar akhirat.

Makanya saya juga perlu memilih antara terus stay kat ibil atau melangkah balik ke scomi. Namun saya percaya, apa yang Allah berikan semuanya baik, Dia yang beri pilihan ini. Pilihan-pilihan ini Dia yang beri. Saya perlu bijak memilih. Isthikarah adalah cara yang paling betul untuk membantu saya memilih dengan betul.