Friday, October 21, 2011

wuduk.zahir.dan.batin.

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Thursday, October 20, 2011

hero.zaman.kanak-kanak.anda.

Kalau nak list down kan hero-hero kartun zaman kanak2 saya memang banyak, zaman tu banyak kartun best. Oh ya, zaman tu adalah lebih kurang tahun 1989 - 1994. Walaupun ayah amat tak suka anak2 dia tengok kartun, saya dan adik tetap bijak untuk curi masa tengok kartun. Masa ayah kerja shift petang adalah sangat heaven sebab petang pukul 5 petang boleh tengok kartun dengan selesa dan selamat. Gembira tak terkata dapat tengok kartun hero2 ni semua, kegembiraannya lain macam sikit...hahaha...adrenalin kanak2...

Antara hero2 kartun saya adalah :-

X-Men
Spiderman
Naruto....ehh, Naruto ni bukan zaman saya kanak2 ni...takpelah ye,sebab Naruto sangat famous.
Flash
dan yg paling terbaekk adalah....Doraemon!!

selain itu ada Voltron, He-Man, G.I Joe, Smurfs (hero ke cuma kartun biasa je ni?), Batman, Superman, The Hulk.....list ini goes on and on....

Yang sebenarnya....
Hero sebenar tak perlukan super power, magic dan pedang sakti. Hero sebenar cuma perlukan kesabaran, kasih sayang dan sanggup berkorban. Ciri2 ini dah cukup untuk menyelamatkan seribu orang dan menyentuh hati setiap orang yg berada disekelilingnya.


Friday, October 14, 2011

me.reminding.myself.

1. Hidup ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri.Berbelanja kurang dari pendapatan.
2. Utamakan keluhuran, jangan terikat kepada dunia kebendaan. Hanya beli benda yg boleh membuat kehidupan selesa dan bermakna.
3. Nikmati apa yg sudah ada. Apa yg sudah dimiliki hendaklah dinikmati sepenuhnya.

4. Beli kurang daripada apa yg termampu. Beli kurang dari had kewangan.
5. Senaraikan barangan yg hendak dibeli dan beli ikut senarai sahaja.
6. Beli-belah semasa kenyang dan lapang. Lapar, letih akan melemahkan daya ketahanan diri dan akan mudah terpengaruh untuk membeli lebih dari yg diperlukan.
8. Kurangkan semak dalam hidup. Simpan hanya benda-benda yg berfaedah sahaja.


Thursday, October 13, 2011

stress.lagi.



Perkara bodoh berlaku lagi, sangat stress sebab kerja. Perkara yg tak sepatutnya berlaku pada level saya yg hanya seorang Ast Manager ni. Bukannya saya ni seorang VP yg perlu stress bagai dengan kerja.

Bertahan sebab fikirkan yg saya takde peluang lain ditempat lain. Lagipun masih berfikir yg saya akan dapat tambah point-point penting dalam resume nanti. Makanya saya bertahan.

Saya perlu dekatkan diri dengan Maha Pencipta, Maha Penyayang. Hanya dengan cara ini saya dapat relakskan segala-galanya. Saya perlu fikir yg segala kerisauan ini adalah ujian. Dan saya diberi ujian ini sebab saya mampu menanggungnya. Akhir-akhir ini kerap fikir tentang tujuan sebenar hidup ini. Kerana kalau tak kerap berfikir begitu, maka saya akan lalai dan leka. Saya tahu dan sedar saya dimana. Setiap masa saya sedar tapi ntah kenapa saya diamkan sahaja. Tidak berusaha untuk menjadi orang-orang yg berjaya.

Friday, October 7, 2011

the.pencil.and.eraser.story.

credit picture for mr google

Pencil : I'm sorry...

Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational. Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes.

Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

This is for all parents and children out there....