credit picture to Mushy Pea
Before ni tak pernah dengar nama jawatan Chief Technology Officer (CTO), mungkin sebelum ini saya tidak berada dalam industri teknologi. Menjadikan saya hanya biasa dengan CEO, COO dan CFO, tak pernah dengar CTO. Di SINI *syarikat tempat saya berkerja, yg saya belum boleh bangga lagi* kami ada CTO. Dia mat saleh * kenapa perlu mat saleh, melayu pun ramai yg expert dengan teknologi?*.
Sejak 2 bulan lepas dia telah berjaya menghantui saya. Saya tidak lagi tenang berada di office. Dia selalu kacau hidup saya, suruh buat itu ini. Saya memang takde hal untuk buat banyak kerja tapi perlulah diberi masa juga. Mana adilnya kalau diberi banyak kerja tapi tak diberi masa yg cukup? *saya tahulah yg dunia ini memang tak adil* Kalau nak dibandingkan dengan department yg lain, rasanya HR sangat tidak goyang kaki. Kami semua sangat busy dengan kerja masing-masing. Department lain tu sangat banyak masa lapang..opss..kecuali Finance, mereka juga sangat busy.
Hari ini, pagi ini ada meeting dengan dia lagi. Sejak dia masuk kerja 2 bulan lepas, saya dah tak larat nak kira berapa banyak meeting dengan dia. Mula-mula rasa biasa, rasa semangat nak buat kerja, rasa normal untuk ada meeting. Tapi bila dah selalu dan kerap, saya rasa menyampah, benci dan rasa meeting yg kerap sangat membuang masa saya.
Disebabkan ini juga saya terpaksa jumpa doktor dan saya dapat tahu yg BP saya sedikit tinggi dari biasa. Ini lagi buat saya stress sebab kerja telah menjadikannya begitu. Bacaan itu tak perlu nak tinggi hanya sebab kerja ok! Sangat marah...ini satu penzaliman terhadap diri sendiri.