Cuti Hari Wilayah yg lepas digunakan dengan sangat baik. Saya bawa mama bercuti ke Melaka. Bercuti berdua sahaja dengan mama. Walaupun hanya ke Melaka namun kegembiraan itu amat2 bermakna. Bertolak dari Kelana Jaya pukul 10 pagi terus menuju ke Air Keroh sebab nak singgah ke Taman Mini Malaysia. Plan nak singgah ke Taman Botani dan Taman Rama-Rama yg terletak di Air Keroh tu namun disebabkan rasa penat, lepas je lawat Taman Mini Malaysia, we all terus check in. So tempat pertama yg dilawati adalah TAMAN MINI MALAYSIA. Ada 14 jenis rumah tradisional Malaysia dalam taman ini. Menarik sgt2 lebih2 lagi kepada mereka yg adore dgn seni bina lama. Lepas solat dan rehat sekejap, terus ke Melaka Raya/Banda Hilir. Apa lagi jalan2 tengok STADHUY, A FAMOSA, MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN.
Puas bergambar, tengok jualan2 cenderahati dan tengok beca2 yg cantik warna-warni, kami terus jalan2 ke MENARA TAMING SARI. Mama dah tak sabar nak naik RIVER CRUISE sebenarnya. Asyik tanya je bila kita nak naik bot. Walhal saya dah plan nak naik TAMING SARI dulu sebelum gelap. Apapun mama happy sangat bila dapat naik TAMING SARI waktu matahari hampir terbenam. Nampak seluruh kawasan Melaka. Mula2 mama takut tapi bila dah ada kat atas tu mama yg excited lebih pulak.
Right after solat Maghrib, terus menuju ke jeti sungai Melaka. Tujuan utama apa lagi kalau bukan membeli tiket untuk naik RIVER CRUISE. Bagus sebab tak menunggu lama, terus sampai masa untuk naik bot dan memulakan pelayaran * dowh..bukan lah pelayaran pun, setakat atas sungai kan..* Amat seronok ye, sungguh tak sangka yg naik bot kelilingi sungai Melaka tu pun sungguh seronok. Lebih2 lagi waktu malam sebab kawasan tepi sungai dihiasi dengan lampu yg bewarna-warni. Lalu kat KAMPUNG MORTEN yg rumahnya sangat2 cantik. Kekal dengan senibina lama, sangat tradisional. Rasa macam tengok set filem lama pulak. Tak sangka semua tu masih terpelihara sampai sekarang. * ada sesiapa yg asal Kg Morten? saya nak tumpang duduk sana sehari 2 boleh?*
Esoknya sebelum bertolak balik KL, sempat ke MEDAN SAMUDERA untuk beli buah tangan dan singgah ke MUZIUM SAMUDERA. Muzium ni berbentuk kapal sebenar, cuma atas darat. Banyak sejarah yg boleh dipelajari kalau melawat muzium ni dan membaca setiap cerita yg ditulis. Tapi kalau tak baca semua cerita tu jawabnya tak banyaklah yg boleh dipelajari. Saya sempat baca tajuk cerita je, isinya tak baca...panjang sgt tuhh...lagipun saya dah tak perlu nak jawab exam paper Sejarah kan..so tak penting sangatlah untuk saya nak baca semua tu. Tapi kalau mereka yg baru sekolah menengah tu memang wajib baca. Manalah tau ada jawapan exam Sejarah kat muzium tu.
Makan tengahari harini special sikit, makan kat ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG. Nampak tak yg saya taip huruf besar nama restoran itu. Maknanya, restoran ini salah satu tempat wajib pergi, sebab asam pedasnya sedap. Lagipun VIP ramai pernah makan sini. Jalan2 Cari Makan TV3 pun pernah makan sini tau. So maknanya sedaplah kan. Ehh..haruslah!..
Berakhirlah percutian di Melaka dengan mama. Awal March nanti nak ke Kota Kinabalu pulak. Harapnya percutian yg best juga. Apapun nanti saya ceritakan. * dowhh..perasan macamlah ramai yg nak tau*
semua gambar mama sebab gambar saya semua tak cantek...tak fotogediks langsung..
No comments:
Post a Comment