Monday, February 14, 2011

perlu.turut.serta.ke?


Kalau orang sekeliling kita mula membenci dia....perlu ke kita turut serta? Ataupun kita decide sendiri, jangan biarkan orang sekeliling yg tentukan keputusannya?

Kadang2 menongkah arus itu lebih bagus dari yg mengikut arus. Walaupun yg menongkah arus tu perlukan usaha yg lebih. Walaupun yg menongkah arus itu akan kelihatan amat berbeza dari yg lain.

melaka.with.mama.

Cuti Hari Wilayah yg lepas digunakan dengan sangat baik. Saya bawa mama bercuti ke Melaka. Bercuti berdua sahaja dengan mama. Walaupun hanya ke Melaka namun kegembiraan itu amat2 bermakna. Bertolak dari Kelana Jaya pukul 10 pagi terus menuju ke Air Keroh sebab nak singgah ke Taman Mini Malaysia. Plan nak singgah ke Taman Botani dan Taman Rama-Rama yg terletak di Air Keroh tu namun disebabkan rasa penat, lepas je lawat Taman Mini Malaysia, we all terus check in. So tempat pertama yg dilawati adalah TAMAN MINI MALAYSIA. Ada 14 jenis rumah tradisional Malaysia dalam taman ini. Menarik sgt2 lebih2 lagi kepada mereka yg adore dgn seni bina lama. Lepas solat dan rehat sekejap, terus ke Melaka Raya/Banda Hilir. Apa lagi jalan2 tengok STADHUY, A FAMOSA, MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN.

Puas bergambar, tengok jualan2 cenderahati dan tengok beca2 yg cantik warna-warni, kami terus jalan2 ke MENARA TAMING SARI. Mama dah tak sabar nak naik RIVER CRUISE sebenarnya. Asyik tanya je bila kita nak naik bot. Walhal saya dah plan nak naik TAMING SARI dulu sebelum gelap. Apapun mama happy sangat bila dapat naik TAMING SARI waktu matahari hampir terbenam. Nampak seluruh kawasan Melaka. Mula2 mama takut tapi bila dah ada kat atas tu mama yg excited lebih pulak.

Right after solat Maghrib, terus menuju ke jeti sungai Melaka. Tujuan utama apa lagi kalau bukan membeli tiket untuk naik RIVER CRUISE. Bagus sebab tak menunggu lama, terus sampai masa untuk naik bot dan memulakan pelayaran * dowh..bukan lah pelayaran pun, setakat atas sungai kan..* Amat seronok ye, sungguh tak sangka yg naik bot kelilingi sungai Melaka tu pun sungguh seronok. Lebih2 lagi waktu malam sebab kawasan tepi sungai dihiasi dengan lampu yg bewarna-warni. Lalu kat KAMPUNG MORTEN yg rumahnya sangat2 cantik. Kekal dengan senibina lama, sangat tradisional. Rasa macam tengok set filem lama pulak. Tak sangka semua tu masih terpelihara sampai sekarang. * ada sesiapa yg asal Kg Morten? saya nak tumpang duduk sana sehari 2 boleh?*


Esoknya sebelum bertolak balik KL, sempat ke MEDAN SAMUDERA untuk beli buah tangan dan singgah ke MUZIUM SAMUDERA. Muzium ni berbentuk kapal sebenar, cuma atas darat. Banyak sejarah yg boleh dipelajari kalau melawat muzium ni dan membaca setiap cerita yg ditulis. Tapi kalau tak baca semua cerita tu jawabnya tak banyaklah yg boleh dipelajari. Saya sempat baca tajuk cerita je, isinya tak baca...panjang sgt tuhh...lagipun saya dah tak perlu nak jawab exam paper Sejarah kan..so tak penting sangatlah untuk saya nak baca semua tu. Tapi kalau mereka yg baru sekolah menengah tu memang wajib baca. Manalah tau ada jawapan exam Sejarah kat muzium tu.

Makan tengahari harini special sikit, makan kat ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG. Nampak tak yg saya taip huruf besar nama restoran itu. Maknanya, restoran ini salah satu tempat wajib pergi, sebab asam pedasnya sedap. Lagipun VIP ramai pernah makan sini. Jalan2 Cari Makan TV3 pun pernah makan sini tau. So maknanya sedaplah kan. Ehh..haruslah!..

Berakhirlah percutian di Melaka dengan mama. Awal March nanti nak ke Kota Kinabalu pulak. Harapnya percutian yg best juga. Apapun nanti saya ceritakan. * dowhh..perasan macamlah ramai yg nak tau*

semua gambar mama sebab gambar saya semua tak cantek...tak fotogediks langsung..

Saturday, February 12, 2011

seseorang

Pernakah kau menemui seseorang yang sanggup mengadai nyawanya hanya untuk kau?seseorang yang sanggup menghabiskan masanya hanya untuk kau?
seseorang yang sanggup menyakiti dirinya hanya untuk menyelamatkan kau?
seseorang yang sanggup bekerja keras hanya untuk kepentingan kau?
seseorang yang sanggup menyusahkan dirinya hanya untuk kehidupan kau?
seseorang yang sanggup menanggung keperitan hanya untuk lihat kau gembira?
seseorang yang sanggup mempertahankan kau walaupun kau hanya disakiti melalui kata-kata?seseorang yang sanggup melalui segala cabaran hanya untuk kemahuan kau?
seseorang yang tidak akan jemu dengan diri kau?
seseorang yang begitu sayangkan kau sepenuh hatinya?

ITULAH IBU!

hasil tulisan dari http://monsterjambu.blogspot.com/ thank you

Friday, February 4, 2011

tentang.seseorang.



Teruntukmu hatiku
inginku bersuara
merangkai semua tanya
imagin yang terlintas
berjalan pada satu
tanya slalu menggangguku
seseorang itukah dirimu kasih

kepada yang tercinta
di dirinya ku mengeluh
semua resah di dirimencari jawab pasti
akankah seseorang
yang ku impikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku
cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab

dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta
akankah seseorang
yang ku impikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta




saya.suka.awak.

Saya suka Zizan. Dia talented. Lawak dia spontan.

Selain berganding dengan Johan mengacarakan Raja Lawak, Zizan boleh juga jadi pengacara majlis rasmi.

Gandingan mereka berdua memang best. Tak kering gusi dibuatnya. Bergabung!..Meletup!

Tengok Raja Lawak selalunya bukan sebab nak tengok contestants tapi nak tengok telatah Zizan.

*aduyaiii....buat entry ni semata-mata utk Zizan..kenapakah?*

Wednesday, February 2, 2011

jom.priok.


sebab sy suka ice cream, so letak ice cream as 1st picture.

cendawan + meatball + sotongball + dragonball *ehh..pulak*

Kelmarin dinner dengan kawan2 office. Makan steamboat kat Jom Priok, Kelana Jaya. Seronok dan mengenyangkan. Seronok dengan kerenah masing2, seronok dengar cerita dari bibir setiap kawan2, seronok tengok kawan2 yg suka makan.

cili sos + tomato sos + garlic sos

Mengenyangkan dengan seperiuk ketam, seperiuk udang..ehh..macam2 lah...Kalau nak list down kan setiap yg terkorban atas meja kami ni, emm....lagi 1 jam baru habis taip entri ni. Sungguh memang mengenyangkan walaupun sy hanya makan sikit. Tapi bila tengok kawan sebelah makan, terus rasa kenyang. Dia boleh berulang2 makan ketam dan udang *baru tau yg dia suka ketam dan udang*

udang + ketam + sotong + pahat2 + kepah + lala

Selain makan, tujuan utama kami berkumpul sebab nak meraikan masa bersama2 dengan kawan2. Hubungan yg selalunya berkisar tentang kerja, soalan yg selalunya tentang kerja diubah ke hubungan dan soalan berkaitan tentang keluarga, gurau-senda dan hal2 merapu. Eratkan silaturrahim, semoga kami semua akan serasi berkawan dan bekerja bersama2. Harap2 mereka semua gembira.....kerana sy memang gembira.




mahukan.matahari.yang.sama.


Tak perlulah marah saya hanya kerana hal sekecil itu. Lagipun ia bukan salah saya. Kamu masih hijau , pucuk kamu tentu mahu cepat meninggi untuk menggapai matahari. Namun janganlah nafikan kewujudan dan usaha mereka yg lain. Masing2 ada usaha sendiri yg perlu dihargai.

saya pun mahukan matahari yg sama