Sunday, May 6, 2012

jika.gagal.urus.kewangan.

Bukan sedikit anak muda sekarang yang diisytiharkan muflis. Penyebab paling popular adalah muflis disebabkan oleh hutang kad kredit (semua orang harus cuak disini). Boleh dikatakan hampir semua orang ada kad kredit, bagi mereka yg baru memasuki dunia berkerjaya pastinya selalu dikejar oleh institusi kewangan dengan tawaran kad kredit. Kad kredit bukanlah sesuatu yg salah, buruk atau tidak boleh dimiliki. Namun mereka yg memiliki dan menggunkan kad kredit harus bijak dalam berbelanja dan bijak dalam menggunakan kemudahan ini. Kalau mereka yg hanya pandai guna tapi tidak pandai untuk membayar balik amaun penuh bil dihujung bulan, bahaya menanti anda. Interest rate kad kredit adalah sangat tinggi ye kawan-kawan. Cuba anda semak betul-betul bil bulanan anda. Semak interest ratenya, semak juga late payment chargesnya. Boleh buat kita mengucap kan?

Saya kongsikan apa yg saya baca di akhbar Utusan Malaysia tentang muflis.
~ hampir 50,000 belia muflis sejak tahun 2006 lagi
~ pelajar adalah antara mereka yg diisytiharkan muflis (ini adalah disebabkan oleh pinjaman peribadi)
~ mereka yg paling ramai diisytiharkan muflis adalah pekerja sektor swasta

                                      *credit picture by laman-seri.blogspot.com*
Cara seseorang menjadi muflis
1. Tindakan oleh pemberi hutang
- gagal membayar hutang tidak kurang daripada RM30,000
- pemberi hutang akan kemukakan tuntutan muflis kepada mahkamah
- orang yg berhutang perlu hadir ke mahkamah untuk beri penjelasan
- jika gagal hadir atau tidak lakukan apa yg disuruh mahkamah dalam tempoh 6 bulan, notis muflis akan dikeluarkan
- jika masih lagi gagal selepas 7 hari dari tarikh notis dikeluarkan, akan dijatuhkan hukuman dan diisytiharkan muflis

2. Tindakan diri sendiri
- orang yg berhutang memfailkan tuntutan muflis terhadap diri sendiri
- ia berlaku apabila seseorang tidak lagi mampu membayar hutang lebih RM30,000
- mereka akan diisytiharkan muflis setelah mahkamah mengkaji dan meneliti tuntutan
- mereka juga akan dilindungi oleh mahkamah dari pemberi hutang

Sebab utama seseorang muflis
hutang kad kredit
sewa beli kereta
pinjaman peribadi
pinjaman perumahan
pinjaman pelajaran
pinjaman perniagaan
menjadi penjamin
kesan kegawatan ekonomi
pembelian rumah terbengkalai
hilang punca pendapatan/diberhentikan kerja

Akibat menjadi muflis
1. tidak boleh melakukan sebarang pinjaman dengan mana-mana pihak melebihi RM1,000 tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi
2. Semua harta dan gaji akan ditadbir urus Jabatan Insolvensi kerana mereka muflis disebabkan kegagalan mentadbir kewangan
3. Tidak boleh keluar negara kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi atas sebab-sebab tertentu
4. Tidak boleh memegang jawatan beramanah seperti pengarah syarikat, hakim mahkamah atau pengurusan tertinggi. Jika mahu juga perlu ada kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi 
5. Menjadi ahli jawatankuasa dalam mana-mana persatuan berdaftar atau bekerja dalam mana-mana pertubuhan
6. Bertanding dalam pilihanraya atau menjadi wakil rakyat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
7. Memiliki harta alih atau tidak alih melebihi RM5,000
8. Segala hal ehwal dan liabiliti ditadbir oleh Jabatan Insolvensi melalui Ketua Pengarah Jabatan

*sumber laman web Jabatan Insolvensi*