Sunday, January 30, 2011

hujan.menenangkan.jiwa.

Selain mendengar bacaan ayat suci al-Quran, melihat luasnya laut yg terbentang ataupun berada di tanah perkuburan...hujan juga amat2 menenangkan jiwa saya. Mendengar rintik hujan amat menenangkan...sungguh. Kalau fikiran sedang celaru, susah hati sampaikan otak tidak henti berfikir walaupun mata tertutup rapat, mendengar rintik hujan boleh melapangkan hati dan fikiran. Ketenangan dikurniakan Tuhan melalui macam2 cara. Itu tandanya, kasih sayangNya kepada kita tak pernah berkurang.

*thanks for picture to http://daela81.blogspot.com/

perpisahan.ini.

credit picture to mr google

~ perpisahan..mengajar kita erti rindu dan realiti hidup
~ perpisahan ..ada hikmahnya. Sama seperti pertemuan, perpisahan juga adalah kerana Allah.
~ perpisahan.. mampu menjadikan meraka yg ditinggalkan lebih tabah, lebih berani dan lebih berusaha menuju kejayaan
~ perpisahan.. menjadikan semua kenangan sebelumnya dikenang semula, gurau senda terngiang ditelinga
~ perpisahan.. mengajar kita lebih menghargai
~ perpisahan..tetap memberi rasa kehilangan, rasa kosong dan rasa sayu
~ perpisahan.. akan lebih istimewa andaikata dijadikan sebagai alasan untuk pertemuan-pertemuan di masa depan

~ ini bukanlah 'selamat tinggal'.. percayalah yg ini sebenarnya adalah 'sampai jumpa lagi'~

Sunday, January 23, 2011

indahnya.islam.

Baca satu blog tentang explore al-Quran. Sy sungguh2 tersedar yg sy jahil. Jahil tentang Al-Quran. Lepas ni sy nak explore Al- Quran sungguh2.

Terima kasih banyak kepada empunya cerita yg telah sedarkan sy betapa sy berada dalam kerugian sbb sekadar membaca tetapi tidak memahami Al-Quran.

Monday, January 17, 2011

dizaman.ICT.ini.masih.lagi.ada.

Boleh dipercayai ke kalau dizaman ICT ni masih ada lagi company yg buat EA form secara manual. Kalau staff cuma 20 kerat oklah jugak, boleh diterima akal. Tapi kalau staff seramai 250 orang camne tu? Buat EA secara manual!!..Company lain cuma perlu tekan satu button dalam system dah boleh generate 200 EA form dalam masa 15 minit. Yg ini usahkan 200 EA form, 15 EA form dalam masa 15 minit pun tak mungkin.

Ya Allah, kurniakanlah saya kesabaran dan masa yg lapang untuk saya siapkan kerja ini dengan sempurna..


*kepada sesiapa yg tak tahu apa itu EA form, sila google yer...saya takde masa nak explain..maaf*

Sunday, January 9, 2011

seniorku.yang.handsome.

Korang pernah jatuh cinta dgn senior korang? Ingat lagi masa korang tingkatan 3 dulu, senior handsome tu tingkatan 5. Masa tu rasa mcm nak jadi bijaksana supaya boleh terus masuk tingkatan 3 dan terus masuk kelas yg sama dgn senior korang tu, betul tak?. Dahtu pulak kebetulannya, senior itu jugalah yg jadi abang angkat korang. Alah, dulu kan ada konsep mentor mantee kat sekolah? *owh, dah terlanjur cakap psl mentor mantee ni, sekarang ni TV3 tengah buat audition rancangan Mentor ye kawan-kawan...teeet..apakah?* Saya amat setuju dengan konsep mentor mantee tu, sebab ia akan membuatkan kita rasa bersemangat nak study hard supaya dapat membanggakan mentor a.k.a abang /kakak angkat. Lagi teruja kalau mentor kita tu ketua pengawas sekolah. *tetiba teringat ketua pengawas saya yg handsome itu*Bangga woo, dapat mentor yg best dan popular kat sekolah. At least boleh tumpang sekaki.


mentor yg paling gempak

Itu cerita zaman sekolah menengah, kalau cerita zaman kat universiti lagi best. Lebih-lebih lagi masa tahun pertama, freshie lah katakan. Kalau time tu dapat berkawan, ber geng dengan senior pun rasa best, lagilah pulak kalau bercouple dengan senior. Waahh, dah rasa mcm jadi girlfriend Chang Ho Nam dalam Young & Dangerous tu. Bangga je dapat couple dengan senior. Dulu merasalah jugak jadi geng senior-senior yg otai. Selalu je lepak sama, makan sama kat cafe desasiswa Harapan tu. Dengan Abg Zam, Abg Zoff, Abg Siva dan geng-geng yg lain. Seronok giler, lepak dengan senior-senior, boleh tahu macam-macam cerita kampus. Lecturer mana yg best, yg garang, course mana yg fun, course mana yg senang nak score. Pendek kata mmg untung kawan dengan senior-senior. Dahtu senior-senior aku ni semua giler baik. Muka nampak garang, sombong tapi sebenarnya dalam hati ada taman *petik ayat Adnan Sempit*

dimana ada kemahuan, disitu ada highway

Bila dah dewasa, perkara jatuh cinta dengan senior pun boleh berlaku. Aku tak alami benda tu, tapi aku pasti ada yg alaminya. Ada tak korang suka dengan senior kat office korang, ataupun suka dengan manager department sebelah? Ngaku jelah, penat nak tanya-tanya lagi.

Perkara jatuh cinta atau suka dengan senior sendiri ni seronok juga. Tapi rasanya kita cepat suka sebab sebenarnya kita kagumi dia. Bila kita kagum dengan seseorang, lagi cepatlah kita suka kat dia. *Saya suka awak..saya suka awak..sayaaaa suka awak!*

Saturday, January 1, 2011

1.1.11.




Nak ikut orang lain yg kagum dan suka dengan tarikh hari ini. Maka sy buat juga satu entry yg akan tertulis 'posted 1.1.11'...cantik nombornya. Ada yg mengabadikan tarikh ini dengan majlis nikan, majlis bersanding atau juga tarikh ber'couple'....hahahaha...Tak kisahlah apapun, tapi sy berharap semua orang happy harini. Happy dengan cara tersendiri.