Friday, January 15, 2010

dedicated to my friend..meng & aina

meng & aina....i miss you so much...can't you hear me? i miss both of you very much!! rasa sekarang ni nak terbang ke kuching atau terbang ke manjung jumpa korang...lately agak depressed...mengapakah?? lama tak lepak dgn kawan2 yg bukan hanya kawan tapi sahabat sejati..

sahabat sejatiku hilangkah dihatimu
dihari kita saling berbagi
dengan kotak sejuta mimpi aku datang menghampirimu
ku perlihatkan semua hartaku
kita selalu berpendapat,kita ini yg terhebat,
kesombongan dimasa muda yg indah
aku raja kau pun raja
aku hitam kau pun hitam
erti teman lebih dari sekadar materi...

will find the suitable time and date to see both of you.promise!!

emergency @ tv9

Korang pernah tengok dokumentari 'emergency' kat tv9...dokumentari berdarah yg penuh dengan tangisan, kejutan...hehehehe...kepada sesiapa yg suka tgk ER,grey anatomy..dah tentu2 suka tgk emergency ni...yg membezakan cerita2 ini adalah...emergency ni real life, cerita sebenar. rasa sedih, rasa ngeri, rasa kesian, rasa ngilu korang tu amatlah berbaloi sebab ini cerita betul...yg benar2 berlaku...

Kalau tgk emergency ni, aku akan rasa hormat dan berterima kasih sgt pd anggota bulan sabit merah ni, paramedik yg kesana-sini dengan ambulance...mengharung kesesakan jalan raya, mengharung kesyunyian malam utk menjawab semua panggilan kecemasan dan menyelamatkan nyawa mereka2 yg sedang menanggung kesakitan. dibahu mereka lah keluarga mangsa meletakkan harapan untuk membantu dan menyelamatkan ahli keluarga masing2. Ada kes jatuh flat, kes kemalangan, kes sakit tiba2, kes serangan jantung,kes gaduh,kes tikam..mcm2 lagi kes yg dipaparkan. Semuanya perlukan kecekapan dan skill mereka ini. Sering terfikir, mereka ni bergaji besar ke tidak? ada tak org berterima kasih pd mereka ni? mereka ni hidup mewah tak mcm peguam, doktor mahupun engineer? mereka kan berkerja dgn nyawa manusia..yg mahal harganya..opsss,nyawa manusia tak boleh diletakkan harga...terlalu bermakna dan berharga..

Tabik hormat dan terima kasih buat mereka yg berada dlm bidang mulia ini. paramedik, pbsm, ahli perubatan, semuanyalah yg tugasnya menyelamatkan nyawa...

Monday, January 11, 2010

worth to wait,worth to see

Anugerah Juara Lagu 24...coolest event to buka tirai 2010. the concept is so diff from the previous AJL...gandingan cheryl samad,ally iskandar dan faizal ismail juga makin mantap. sketsa diorg menjadik....thumb up utk diorg (ke utk penulis script?)..

contestant utk AJL semuanya best, lagu2 best dan performance diorg mantap....memang tak rugi tgk secara langsung kat bukit jalil...ehem, walaupun sy cuma tgk di rumah...huhuhu...

big boss FT malam td tetap menyengat, persembahannya juga baik walaupun dlm keadaan kesihatan yg membataskan segala pergerakannya. Tu kalau sihat tentu lagi gempaq persembahan big boss FT.

Friday, January 8, 2010

our 1 Malaysia PM

penat...itu perkataan yg paling benar menggambarkan keadaan sy dalam masa 2 minggu ni..byk meeting yg dibuat, persiapan utk sambut our beloved 1 Malaysia PM...datuk seri najib tun razak. Datuk Seri dijadualkan melancarkan Klinik 1 Malaysia di Lembah Pantai dan merasmikan klinik 1 Malaysia di Lembah Subang..(eh..apa beza pelancaran dan perasmian eh?)...balik meeting pukul 12 malam... 3 pagi..semua itu berbaloi rasanya bila majlis di Lembah Subang berjalan lancar...kami semua segak dan cantik mengenakan kemeja putih merah pagi itu. Nampak cantik bila ramai yg berbaju sama...erm, rasanya orang yg paling gembira mungkin abg Lan sbb dia yg paling sibuk, paling bertungkus-lumus pastikan semuanya berjalan lancar. Apapun pengalaman ini satu pengalaman yg manis..dari kecik lagi dah biasa mcm ni...dikelilingi oleh org2 politik..

btw, klinik 1 Malaysia ni bermanfaat sungguh untuk semua warga Lembah Subang...fee nya amat murah, RM1 dan moga2 khidmat yg diberikan berkualiti.

Monday, January 4, 2010

hari.yang.pening.dan.memeningkan.

harini, first day bekerja utk 2010..uish..memeningkan sungguh harini...ditambah dengan beberapa kerja yg nampaknya tak dpt dilakukan secara automatic...bila fikirkan SAP, tentulah terfikir yg semua benda boleh diselesaikan dengan cepat..rupa2nya disebabkan masa detail design tak betul maka yg tersedia sekarang tidak betul juga...benci bila fikirkan yg our SAP tak mcm SAP company lain..ada byk kerja diakhir tahun ini yg perlu dibuat..how to make this system help us? system shud be helping human...not human helping the system..

harini juga, setelah 2 minggu tak jumpa my friend..kami berjumpa...kesian dia..patutlah dia decide nak resign..my friend hampir takde suara, demam tak kebah..dia kena viral infection...mengapakah??lepas seminggu travel, terus sakit..mungkinkah fikiran dia terlalu stress sampaikan badan sakit..apapun..simpati pd dia dan diri sy sendiri juga...hanya kami yg faham situasi kami..

keadaan disini makin bosan, nampak mcm ramai yg tak bersemangat nak bekerja..nak kata hujung tahun..ermmm... ni dah awal tahun..first working day utk 2010..entahlah...moga2 mood kerja sy tak hilang...ingat kata2 ustaz umar dr kelas agama office lama sy..kita kerja perlu buat kerja betul2, utk pastikan gaji yg diterima itu berkat...insyaAllah ustaz, sy ingat nasihat itu...

Sunday, January 3, 2010

happy buzday boss


happy buzday to my boss....
selamat pjg umur dan murah rezeki
moga sentiasa gembira

ada surprise next tuesday...
so sila masuk office ok..

picnik @ hutan lipur sg tua

sy sudah lama tak mandi manda, lebih2 lagi mandi sg..air sejuk air terjun...tengahari semalam, kami 4 family bertolak ke hutan lipur sg tua...perjalan rasa macam lama sgt...hehehehe..mungkin sebab dah tak sabar nak rendam satu badan dlm air yg sejuk...sampai jer ke destinasi, kami yg boleh dikategorikan sbg remaja ni terus terjun..seronok rasanya merasa air bersih yg sejuk itu...ibu2 dan ayah2 masih bersembang, mungkin mereka tak tergoda lagi dgn air sg yg sejuk ni..takpe..takpe, sekejap lagi turun juga mereka mandi sama2..

berendam hampir 5 jam buat kami lapar...terhidang di depan mata sandwich sardin dan nasi lemak yg sungguh sedap rasanya...mungkin sebab perut lapar almaklum dah lama berendam..untung abg jual ice cream tu dtg ke pondok kami...mana taknya, hampir semua kami beli ice cream roti dia...slurp...sedap...

my ayah angkat plan nak buat lagi picnik mcm ni, kali ni we all nak tambahkan beberapa family lagi dlm trip yg akan datang..kali ni nak ke PD, mungkin nak bermalam tepi pantai...seronok tu kalau plan jadi kenyataan..

harap anda semua juga seronok berhujung minggu dengan family..paling penting apa jua yg dilakukan dpt mengeratkan hubungan dengan keluarga, dengan jiran, dengan kawan2..be happy, always...