Friday, February 4, 2011

tentang.seseorang.



Teruntukmu hatiku
inginku bersuara
merangkai semua tanya
imagin yang terlintas
berjalan pada satu
tanya slalu menggangguku
seseorang itukah dirimu kasih

kepada yang tercinta
di dirinya ku mengeluh
semua resah di dirimencari jawab pasti
akankah seseorang
yang ku impikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku
cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab

dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta
akankah seseorang
yang ku impikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya kau yang jawab
dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta




saya.suka.awak.

Saya suka Zizan. Dia talented. Lawak dia spontan.

Selain berganding dengan Johan mengacarakan Raja Lawak, Zizan boleh juga jadi pengacara majlis rasmi.

Gandingan mereka berdua memang best. Tak kering gusi dibuatnya. Bergabung!..Meletup!

Tengok Raja Lawak selalunya bukan sebab nak tengok contestants tapi nak tengok telatah Zizan.

*aduyaiii....buat entry ni semata-mata utk Zizan..kenapakah?*

Wednesday, February 2, 2011

jom.priok.


sebab sy suka ice cream, so letak ice cream as 1st picture.

cendawan + meatball + sotongball + dragonball *ehh..pulak*

Kelmarin dinner dengan kawan2 office. Makan steamboat kat Jom Priok, Kelana Jaya. Seronok dan mengenyangkan. Seronok dengan kerenah masing2, seronok dengar cerita dari bibir setiap kawan2, seronok tengok kawan2 yg suka makan.

cili sos + tomato sos + garlic sos

Mengenyangkan dengan seperiuk ketam, seperiuk udang..ehh..macam2 lah...Kalau nak list down kan setiap yg terkorban atas meja kami ni, emm....lagi 1 jam baru habis taip entri ni. Sungguh memang mengenyangkan walaupun sy hanya makan sikit. Tapi bila tengok kawan sebelah makan, terus rasa kenyang. Dia boleh berulang2 makan ketam dan udang *baru tau yg dia suka ketam dan udang*

udang + ketam + sotong + pahat2 + kepah + lala

Selain makan, tujuan utama kami berkumpul sebab nak meraikan masa bersama2 dengan kawan2. Hubungan yg selalunya berkisar tentang kerja, soalan yg selalunya tentang kerja diubah ke hubungan dan soalan berkaitan tentang keluarga, gurau-senda dan hal2 merapu. Eratkan silaturrahim, semoga kami semua akan serasi berkawan dan bekerja bersama2. Harap2 mereka semua gembira.....kerana sy memang gembira.




mahukan.matahari.yang.sama.


Tak perlulah marah saya hanya kerana hal sekecil itu. Lagipun ia bukan salah saya. Kamu masih hijau , pucuk kamu tentu mahu cepat meninggi untuk menggapai matahari. Namun janganlah nafikan kewujudan dan usaha mereka yg lain. Masing2 ada usaha sendiri yg perlu dihargai.

saya pun mahukan matahari yg sama

Sunday, January 30, 2011

hujan.menenangkan.jiwa.

Selain mendengar bacaan ayat suci al-Quran, melihat luasnya laut yg terbentang ataupun berada di tanah perkuburan...hujan juga amat2 menenangkan jiwa saya. Mendengar rintik hujan amat menenangkan...sungguh. Kalau fikiran sedang celaru, susah hati sampaikan otak tidak henti berfikir walaupun mata tertutup rapat, mendengar rintik hujan boleh melapangkan hati dan fikiran. Ketenangan dikurniakan Tuhan melalui macam2 cara. Itu tandanya, kasih sayangNya kepada kita tak pernah berkurang.

*thanks for picture to http://daela81.blogspot.com/