Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Friday, April 6, 2012

bersama.lagi.

Saya dah tak sabar menunggu tarikh 20April ini. Kali ini saya nak berkumpul dengan Aina dan Meng. Saya dah bayangkan yang saya dah dalam tren ETS menuju ke Ipoh. Dah lama tidak berkumpul bertiga dengan rakan-rakan sehati sejiwa saya. Selalunya hanya jumpa Aina sahaja kerana dia kerap datang KL. Hanya itu sahaja masa saya gembira seperti zaman kuliah dulu. Setiap kali bersama dengan Aina saya akan rasa macam tengah tengok tv di Desa Harapan, jongging tepi tasik, makan lewat malam 'tepi longkang', merayap kat Bukit Jambul Mall, dalam kuliah marketing ataupun studio sibuk merakamkan sesi DJ.

Rasa yang sangat berbeza. Zaman kuliah memang sangat-sangat seronok. Takkan boleh dapat saya ulang semula masa itu. Keseronokan yg berbeza. Kesedihan yang menyiksa. Kepenatan yang teramat dan kepuasan yang tak terhingga. Semua ada, semua dapat dirasa di zaman kuliah. USM beri saya makna persahabatan, beri saya ilmu dunia, ilmu akhirat, mengajar cara bersosial, cara survival mental dan fizikal. Alam universiti memang banyak mengajar cara hidup.

Cukuplah segala pembuka kata, sebenarnya maksud yang nak disampaikan cuma. Saya rindu dengan kawan-kawan baik saya ni. Saya tak sabar nak jumpa mereka dan bercuti sama-sama. Itu je.

Sunday, November 13, 2011

hati.teringin.





tiba-tiba hati teringin...
pergi holiday ke Kota Kinabalu lagi..
tengok laut...

Friday, September 23, 2011

aquaria.klcc.

An Ocean of Discovery...sangat setuju sebab jumpa haiwan yg selama ni saya tak pernah tau kewujudannya. Bagus kalau dapat datang ke Aquaria dengan kanak-kanak, jadikan sesi riadah plus sesi pembelajaran secara tak langsung.
Untuk menjadikan sesi ini leabih memorable, saya invite sekali dua budak ni. Ajak mereka untuk jalan-jalan naik LRT dan tengok ikan. Dengan alasan itu je, mereka dah sangat suka. Budak-budak memang suka naik LRT kan.
Berbaloi pergi Aquaria, not bad idea..dapat tengok hidupan laut walaupun kita ditengah bandar. Ibubapa mesti runsing nak fikir mana nak bawak anak-anak dihujung minggu. Nak ke Genting, agak jauh dan memenatkan nak drive ke sana, nak mandi pantai...Port Dickson dah ramai orang sangat...so Aquaria boleh jadi pilihan yg baik. Dekat je, tak susah nak carik, tak perlu nak google map kot...
Tak ingat apa nama haiwan kecil ni...anggap je buaya kecik. Selain ikan, ada banyak lagi haiwan-haiwan lain termasuk serangga yg dipamerkan. Menjadikan Aquaria dah macam mini zoo di KLCC.
Selalunya orang buat as wallpaper screen laptop gambar-gambar camni. Untuk tenangkan fikiran. Ada ikan berenang-renang. Kalau saya guna DSLR mungkim gambar-gambar ni lebih menarik.

Serangga zone....hurm, kumbang termasuk spesies serangga kan?
Ada beberapa ekor ikan yg sangat besar atau ikan ni dah tua/dewasa. Besar sangat! Badannya macam bengkok...adakah sebab dia dah tua sangat lalu bongkok. Nenek nenek si bongkok 3...siang malam asyik berjaga..

Kesimpulannya, berbaloi pergi Aquaria ni.

Tuesday, March 22, 2011

kota.kinabalu.welcomes.you.part.two.

5 march 2011
Hari ni adalah hari yg paling ditunggu-tunggu sebab saya akan ke Pulau Manukan. Angan-angan nak ke Manukan ni memang dah lama dalam kepala. Selepas bersarapan dengan bersungguhnya, kami terus berjalan kaki dari Hotel Gaya Centre ke Jeti Jesselton. Tak jauh mana pun, dekat je..lebih kurang 10 minit jalan kaki. Lagipun bila lagi nak jalan-jalan kat KK, kalau tempat yg dekat naik taxi, macam tak advanterous je kan.
Hotel kami kiranya dekat jugak dekat Jeti Jesselton. Kalau Hotel Promenade agak jauh juga. Kalau dari Hotel Hyatt Regency dan Le Meridien pun kira ok lagi. Sampai je kat Jeti Jesselton terus cari kaunter beli tiket bas....oppss...tiket bot. Rupa-rupanya ada banyak kaunter tiket, macam kaunter kat Puduraya. So pilih je yg mana korang suka. Harga tiket semuanya lebih kurang sama je, kami pilih untuk pergi ke Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. 2 pulau = RM27.

Pulau-pulau dalam Tun Abdul Rahman Park ni tak perlu nak diperkenalkan, dah memang sah sgt cantik dan bersih. Sangat-sangat perlu dilawati sekiranya ke KK. Pantai yg bersih, pasir yg halus, udara yg nyaman, air yg bersih, pemandangan laut yg menarik. Ramai pelancong yg ada kat Mamutik dan Manukan untuk menghayati keindahan ciptaan Tuhan. Sangat suka sebab angan-angan saya untuk ke Pulau Manukan dah tercapai.

Harini memang kami peruntukkan untuk Manukan dan Mamutik. Petang baru balik ke hotel. Hari yg menyeronokkan...sangat memuaskan.

Malamnya kami makan seafood kat pasar malam yg berdekatan dengan Pasar Kraftangan. Jangan lupa singgah pasar ini untuk lebih mengenali orang KK. Mengenali makanannya, hasil jualan dan keramahan mereka.

Monday, March 21, 2011

kota.kinabalu.welcomes.you.part.one.

Ini cerita tentang percutian saya dan seorang rakan di Kota Kinabalu. Percutian ini tidak mewah tapi kaya dengan kekaguman dan gelak ketawa.

kejadian bertarikh : 4 march 2011
Tepat 4 pagi dah bangun dan terus siap sedia untuk fly ke Kota Kinabalu. Dengan perasaan penuh excited, walaupun mandi tanpa air panas di pukul 4 pagi, terasa ok je. Tak rasa sejuk langsung sebab jantung dah berdegup kencang dan mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Bukan hanya darah yg dipam ye..tetapi bersama-sama rasa excited nak ke Kota Kinabalu.

~ terima kasih Air Asia- Now Everyone Can Fly!~
Kak Mas jemput di Kelana Jaya dan kami terus ke Terminal LCC. Dalam perjalanan tiba-tiba terfikir yg rupa-rupanya dah lama tak pergi holiday yg jauh-jauh dan naik kapal terbang. Saya amat suka perasaan masa fly off dan touch down. Rasa tu amat menyeronokkan, tak selalu dapat rasa macamtu * rasa naik myvi tu kan biasa-biasa je* Saya mmg jakun sikit dgn kapal terbang ni. Rasa seronok travel naik kapal terbang tu lain macam sikit *mungkin sebab saya kempunan nak capai cita-cita jadi stewardess kot...cita-cita itu tak kesampaian sebab saya tak menjadi anak gadis yg cantik mahupun comel bila dah besar ni....isk...iskk...*

Flight Air Asia Now Everyone Can Fly depart pukul 6:50 pagi *tambah pada senarai kesyukuran sebab dapat tambang murah ye, RM138 return ticket Kuala Lumpur - Kota Kinabalu.Walaupun perut dah terasa lapar sebab pagi ni tetiba je semua cacing peliharaan kena bangun awal kan, masih sanggup tersenyum gembira sebab lapar tu lama-kelamaan makin tak terasa, sibuk sembang aktiviti yg bakal dilakukan secara ekstrem bila dah jejak Kota Kinabalu nanti.

Touch down kat Terminal 2, Kota Kinabalu. Kami terus dapatkan kupon teksi dan terus ke Gaya Centre Hotel. Hotel ini sungguh-sungguh bagus. Walaupun kami sampai awal, staff front desk tetap benarkan kami untuk check in awal. Meraka sangatlah baik dan membantu. Actually saya terlupa untuk book bilik yg menghadap ke laut, tapi mereka sediakan kami bilik dengan pemandangan mengadap laut..Laut China Selatan kan...dari bilik dah boleh nampak pulau-pulau yg cantik itu. Nampak air yg membiru dan menghijau. Bayangkan bangun tido boleh terus tengok view yg superb, menghadap Kg Bajau Laut yg rumah-rumah mereka dibina atas air.
Credit picture for : bujanggasabah.blogspot.com
Saya amat galakkan anda untuk stay kat Gaya Centre Hotel jikalau anda ke Kota Kinabalu. Lokasi yg cukup strategik dan hospitality yg 5 bintang!*anda google sendirilah ye ttg hotel ni* Saya dapat bilik kat level 12 no bilik 1206, sangat suka sebab dapat tengok kawasan Kota Kinabalu dari mata burung.
~ pemandangan dari bilik hotel yg mengadap Laut China Selatan~
Bilik yg cantik, sangat bersih dan kemas malahan saya sukakan semuanya tentang hotel ni. *paling suka sebab walaupun bukan 5 star hotel, mereka ada staff yg akan bukakan pintu hotel untuk kita..barulah rasa mcm sgt dihargai* Selain itu ada free internet kat lobby, parking lot yg betul-betul depan pintu hotel. Kami senang je nak access ke few tourist spot kat Kota Kinabalu ni dari Gaya Centre Hotel. Dekat dengan Pasar Ikan Masin, Pasar Filipina/ Pasar Kraftangan, Pasar Kota Kinabalu, Plaza Warisan , Plaza Merdeka, Waterfront, Jeti Jesselton dan Suria Sabah. Jangan tak percaya, kami berjalan kaki je untuk ke semua tempat tu!
~jalan-jalan depan Haytt Regency Hotel ~
Selepas berehat seketika *sebenarnya lama jugak* kami terus jalan-jalan. Mula-mula kami isi perut, makan kat satu kedai. Makan nasi campur je, yg bestnya dapat sup. Rupa-rupanya kat Kota Kinabalu ni, makan apapun mesti diberi sup. Nasi campur dengan sup, mee goreng dengan sup, nasi goreng pun dengan sup. Ini sup special juga ye...bukan sup bodoh yg setakat rebus air dengan daun bawang je tu. So dah tau satu perkara baru tentang cara makan orang Kota Kinabalu.
~kuih-muih popular di KK, paling popular adalah kuih cincin~
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati *pandai orang dulu-dulu buat kiasan*Perut dah kenyang makanya kami dengan gembiranya berjalan lagi ke sederetan pasar-pasar yg ada di pesisir laut itu. Dari Pasar Ikan Masin ke Pasar Kota Kinabalu. Tapi paling lama berada kat Pasar Kraftangan atau juga dipanggil Pasar Filipina.


Kami beli udang kering yg fresh, sotong kering, ikan masin dan ikan bilis kat Pasar Ikan Masin. Kami makan buah, tengok-tengok hasil tanaman yg nampak segar dan besar kat Pasar Kota Kinabalu.
~ nelayan yg sibuk bekerja, belakang Pasar Filipina~
Sebenarnya semua pasar ni dekat je, sederet so senang lah. Singgah kat Pasar Kraftangan dan habiskan masa paling lama kat situ sebab Kak Mas terjatuh cinta dengan semua mutiara, kristal, barangan kraft kat situ *saya tak berapa tertawan sgt* Ada banyak mutiara, kristal yg dijadikan perhiasan, gelang, rantai, cincin, butang baju melayu dan macam-macam lagilah. Kaum hawa memang wajib ke sini, pasti terpegun..wow...whoah...fuiyoo...uii....
~mutiara air masin, air tawar~
Dari tengahari sampai ke petang kami merayau-rayau kat sekitar bandar Kota Kinabalu. Disebabkan kat sana pukul 6.30 ptg pun dah gelap maka pengembaraan waktu siang berakhir pada pukul 6.30. Akan bersambung selepas maghrib ye untuk pengalaman waktu malam di Kota Kinabalu....*makanya saya sambung pada part two nantilah*

Monday, February 14, 2011

melaka.with.mama.

Cuti Hari Wilayah yg lepas digunakan dengan sangat baik. Saya bawa mama bercuti ke Melaka. Bercuti berdua sahaja dengan mama. Walaupun hanya ke Melaka namun kegembiraan itu amat2 bermakna. Bertolak dari Kelana Jaya pukul 10 pagi terus menuju ke Air Keroh sebab nak singgah ke Taman Mini Malaysia. Plan nak singgah ke Taman Botani dan Taman Rama-Rama yg terletak di Air Keroh tu namun disebabkan rasa penat, lepas je lawat Taman Mini Malaysia, we all terus check in. So tempat pertama yg dilawati adalah TAMAN MINI MALAYSIA. Ada 14 jenis rumah tradisional Malaysia dalam taman ini. Menarik sgt2 lebih2 lagi kepada mereka yg adore dgn seni bina lama. Lepas solat dan rehat sekejap, terus ke Melaka Raya/Banda Hilir. Apa lagi jalan2 tengok STADHUY, A FAMOSA, MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN.

Puas bergambar, tengok jualan2 cenderahati dan tengok beca2 yg cantik warna-warni, kami terus jalan2 ke MENARA TAMING SARI. Mama dah tak sabar nak naik RIVER CRUISE sebenarnya. Asyik tanya je bila kita nak naik bot. Walhal saya dah plan nak naik TAMING SARI dulu sebelum gelap. Apapun mama happy sangat bila dapat naik TAMING SARI waktu matahari hampir terbenam. Nampak seluruh kawasan Melaka. Mula2 mama takut tapi bila dah ada kat atas tu mama yg excited lebih pulak.

Right after solat Maghrib, terus menuju ke jeti sungai Melaka. Tujuan utama apa lagi kalau bukan membeli tiket untuk naik RIVER CRUISE. Bagus sebab tak menunggu lama, terus sampai masa untuk naik bot dan memulakan pelayaran * dowh..bukan lah pelayaran pun, setakat atas sungai kan..* Amat seronok ye, sungguh tak sangka yg naik bot kelilingi sungai Melaka tu pun sungguh seronok. Lebih2 lagi waktu malam sebab kawasan tepi sungai dihiasi dengan lampu yg bewarna-warni. Lalu kat KAMPUNG MORTEN yg rumahnya sangat2 cantik. Kekal dengan senibina lama, sangat tradisional. Rasa macam tengok set filem lama pulak. Tak sangka semua tu masih terpelihara sampai sekarang. * ada sesiapa yg asal Kg Morten? saya nak tumpang duduk sana sehari 2 boleh?*


Esoknya sebelum bertolak balik KL, sempat ke MEDAN SAMUDERA untuk beli buah tangan dan singgah ke MUZIUM SAMUDERA. Muzium ni berbentuk kapal sebenar, cuma atas darat. Banyak sejarah yg boleh dipelajari kalau melawat muzium ni dan membaca setiap cerita yg ditulis. Tapi kalau tak baca semua cerita tu jawabnya tak banyaklah yg boleh dipelajari. Saya sempat baca tajuk cerita je, isinya tak baca...panjang sgt tuhh...lagipun saya dah tak perlu nak jawab exam paper Sejarah kan..so tak penting sangatlah untuk saya nak baca semua tu. Tapi kalau mereka yg baru sekolah menengah tu memang wajib baca. Manalah tau ada jawapan exam Sejarah kat muzium tu.

Makan tengahari harini special sikit, makan kat ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG. Nampak tak yg saya taip huruf besar nama restoran itu. Maknanya, restoran ini salah satu tempat wajib pergi, sebab asam pedasnya sedap. Lagipun VIP ramai pernah makan sini. Jalan2 Cari Makan TV3 pun pernah makan sini tau. So maknanya sedaplah kan. Ehh..haruslah!..

Berakhirlah percutian di Melaka dengan mama. Awal March nanti nak ke Kota Kinabalu pulak. Harapnya percutian yg best juga. Apapun nanti saya ceritakan. * dowhh..perasan macamlah ramai yg nak tau*

semua gambar mama sebab gambar saya semua tak cantek...tak fotogediks langsung..